Saturday 22 October 2011

APA JADI ADUN ELOPURA?



Oleh : CHANG SHAK HUNG

SABAHKINI.NET telah menerima aduan kerosakan jalan di kawasan perindustrian, Bandar Kim Fung, Batu 4 Sandakan daripada seorang pemilik kedai di kawasan berkenaan, Shim Tien Fah, yang terpaksa menggunakan jalan rosak setiap hari untuk ke premis beliau.

Sabahkini.net telah membuat tinjauan pada 19 Oktober 2011 ke lokasi berkenaan lebih kurang jam 5 petang.

Menurut Shim, kerosakan tersebut telah berlaku sejak pertengahan tahun ini dan para pengguna jalan tersebut terpaksa melalui jalan rosak tanpa dapat berbuat apa-apa. Apa yang menghairankan adalah lokasi berkenaan adalah tidak jauh daripada pejabat ADUN Elopura, Au Kam Wah dan langsung tiada tindakan yang diambil oleh pihak ADUN berkenaan.

Kerosakan jalan yang teruk juga senang dilihat di lokasi blok tepi bangunan kedai yang lain dan jelas menunjukkan ia seolah-olah berwajah ‘jalan kampung’, tanpa apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berwajib.

Bukan sahaja jalan rosak ini menyebabkan jalan berlubang dan keadaan yang berbongol, malah kesulitan pengguna jalan terpaksa berhadapan dengan ‘jalan kampung’ di sebuah lokasi yang sibuk, yakni Bandar Kim Fung yang juga terletak di dalam kawasan Bandar Satelit. Bandar Satelit merangkumi kawasan Bandar Kim Fung dan Bandar Indah di Batu 4 Sandakan.

Aduan tersebut telahpun diajukan kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan pada 20 Oktober 2011 dan Chang Shak Hung telah menerima maklumbalas melalui email pada hari yang sama daripada pihak MPS bahawa permasalahan ini telahpun dirujuk kepada Jurutera Perbandaran Kanan untuk tindakan lanjut.

Pemilik premis di kawasan tersebut berharap kerosakan tersebut dapat disegerakan untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan di samping tidak menjejaskan pendapatan akibat daripada jalan yang rosak berkenaan.

No comments:

Post a Comment