Tuesday 11 October 2011

BAJET 2012 KURANGKAN BEBAN RAKYAT


BANTUAN.....Liew menyampaikan bantuan mesin pemotong rumput kepada Amir Bangsa.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui pemerintahan negeri Sabah akan sentiasa peka dan terus membela nasib rakyat berbilang kaum tanpa mengira idologi fahaman politik.

Dari itu rakyat haruslah menyokong dasar-dasar kerajaan BN agar segala perancangan masa depan untuk kepentingan rakyat dapat teruskan dipertingkatkan dari masa kesemasa dalam menyalurkan pelbagai projek dan arus pembangunan perdana di setiap kawasan yang diwakili.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian ketika berucap merasmikan program ‘Bulanan Bringing The Service’ yang diadakan di Taman Rekreasi Taman Damai, Km7.8, Jalan Utara Sandakan, pagi kelmarin.

Ditanya mengenai harga barangan keperluan yang naik mendadak dan menjadi rungutan setiap pengguna, V.K.Liew menjelaskan pengguna harus bijak berbelanja dan bukannya berbelanja mengikut nafsu.

Berhubung Bajet 2012, V.K.Liew berpendapat menjurus kepada pengurangan beban rakyat, terutama sekali dalam soal pengurusan perbelanjaan harian, amalan jimat cermat agar tidak berlaku pembaziran.

TERIMA KASIH... salah seorang mangsa bencana alam menerima sumbangan wang ehsan daripada Liew.

DIKENANG.....Pegawai Kanan Jabatan Bomba menerima sijil penghargaan daripada VK Liew.

Terdahulu Liew telah memberikan sumbangan berupa wang ehsan kepada 78 orang mangsa bencana alam, khususnya di beberapa taman perumahan di Parlimen Sandakan.

Sementara itu, V.K.Liew turut menyampaikan sebuah mesin pemotong rumput kepada Amir Bangsa Ambang; zink kepada Samsudin Hassan dan Mohd Safrie Mustapha manakala Noramin Norsain menerima satu set peralatan sukan bola tampar untuk belia Kampung Pulau Berhala Laut.

Menurut Liew pemberian wang ehsan itu kepada mangsa-mangsa bencana lainnya sudahpun dilaksanakan pada peringkat pertama tiga bulan yang lalu dan pembahagian kali kedua ini bertujuan untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa terbabit.

Program anjuran pejabat Urusetia Parlimen Sandakan yang diadakan pada jam 6.00 pagi berakhir jam 12 tengahari telah dihadiri lebih 140 orang yang datangnya dari berbagai tempat yang turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti; antaranya pemeriksaan darah HIV-AIDS oleh SAGA, Pameran pelbagai senjata, dadah pelbagai jenis oleh PDRM; Pemeriksaan Kesihatan Jabatan Kesihatan; Bomba; SPR daftar Pemilih dan LPKP.

No comments:

Post a Comment