Saturday 8 October 2011

BAKAT KANAK-KANAK PERLU DIGILAP




KETIBAAN....Azizah bersalaman dengan jawatankuasa Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Peringkat Zon 3 di Dewan SMV Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BAKAT dan potensi kanak-kanak perlu digilap sejak dari awal lagi bagi memastikan negara mampu melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun berkata kanak-kanak adalah pewaris bangsa dan mereka adalah permata-permata yang menyinar, role model, pembakar semangat dan sumber inspirasi kecemerlangan kepada generasi muda yang akan datang.

“Saya percaya masih banyak permata-permata yang perlu digilap. Justeru itu, marilah kita bersama-sama bergabung tenaga mendidik dan membangun anak-anak kita.Saya berdoa agar segala usaha dan pelaburan masa, tenaga dan wang ringgit dalam usaha mencungkil bakat dan potensi anak-anak tidak akan berakhir begitu saja, tetapi akan memberi kesan positif yang berpanjangan dalam diri kanak-kanak apabila membesar kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Peringkat Zon 3 bagi Parlimen Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang anjuran Cawangan Unit Pra Sekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Dewan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Beaufort di sini, kelmarin

PESILAT CILIK....Johan silat dari Tabika Kemas Tg Pagar Sipitang mempersembahkan aksi mereka pada majlis perasmian Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Peringkat Zon 3 di Dewan SMV Beaufort.

Hadir sama Pegawai Kemas Daerah Beaufort merangkap pengerusi pelaksana Halri Potensi Kanak-kanak tabika kemas Peringkat Zon 3 (Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang, Halick Udeh, Pegawai Kemas Sipitang, Hasbullah Abdul hamis, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Mohd Shaid Othman, PKR Klias, Saidin Musi, Ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, pengetua-pengetua dan guru-guru.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata program itu adalah simbol komitmen tinggi Kemas sebagai badan kerajaan yang menitikberatkan pembangunan modal insan, kecemerlangan akademik dan akhlak generasi pelapis.

“Saya amat menghargai objektif sambutan pada hari ini, iaitu untuk mengiktiraf kepentingan kanak-kanak dan menghargai hak-hak mereka.Pada masa kini keperluan terhadap pendidikan bukan lagi sebagai pilihan tetapi adalah satu prasyarat untuk terus maju dan gemilang pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk menyedia dan meningkatkan kemudahan-kemudahan pendidikan, kerohanian, rekreasi, penyediaan alam sekitar yang bersih dan sihat serta penempatan yang sesuai untuk kanak-kanak.

“Saya yakin segala usaha ini tidak akan sia-sia. Impian mewujudkan kumpulan generasi muda yang mempunyai pencapaian pendidikan formal cemerlang, berakhlak mulia dan seterusnya menjadi modal insan yang bertanggungjawab dapat direalisasikan,” katanya

Azizah menambah kanak-kanak akan memliki kemahairan dan daya kretiviti yang tinggi untuk menyampaikan pendapat jika mereka didedahkan kepada bahan bacaan sejak awal lagi.

SALAM SAYANG......Kanak-kanak Tabika Kemas bersalaman dengan Azizah.

Katanya usaha menanam minat membaca boleh dimulakan oleh ibu bapa dengan memperdengarkan bacaan pada bayi yang masih dalam rahim ibu.

“Visi untuk membudayakan aktiviti pembacaan perlukan tindakan-tindakan dan perancangan yang berterusan keraa visi tanpa tindakan hanya sebuah dan tindakan tanpa visi adalah membuang masa tetapi visi yang diikuti dengan tindakan yang disertakan dengan doa dan tawakal, Insya Allah segala yang kita rancang ini akan mencapai matlamatnya,” katanya.

Sementara itu Halick bekata pada program itu sebanyak enam acara dipertandingkan iaitu futsal, bole jaring, galah panjang, rounders, gerak rama dan silat.

Beliau berkata pemenang pertandingan akan mewakili zon tiga ke pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan pada 17 hingga 19 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment