Friday 14 October 2011

BERAPA PATI BAYAR dR MUHYIDDIN YUSSIN?


SULTAN....Sultan PATI ini telah berjaya menakutkan Pengarah Pelajaran Sabah untuk bertindak terhadap Hairol.

Oleh : MUHAMMAD HAIKAL HALIM

GARA-GARA membuat kenyataan tegas di dalam Videoklip ‘Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT’ yang disiarkan di Youtube, seorang guru, Hairol @ Awang Damit Bin Jimlok diugut akan dipecat daripada jawatannya sebagai guru jika tidak menarik balik kenyataannya yang menuduh Haji Wahab Nonong sebagai PATI!

Mengikut maklumat yang diterima daripada rakan Hairol yang juga seorang guru di SMK Desa Kencana, Felda Sahabat, Lahad Datu, baru-baru ini Hairol telah didatangi Pegawai Bahagian Siasatan Ustaz Samsuddin atas arahan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Umin Haji Sadi.

“Saya dengar Ustaz Samsuddin cakap beliau diarah Pegawai Pelajaran Daerah menyampaikan pesanan kepada Hairol bahawa Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk dR. Muhyiddin Yussin mengarahkan agar membuat penafian bahawa bukan beliau yang menyiarkan kenyataan di Sabahkini.net, termasuk di dalam Videoklip yang mendakwa Haji Wahab Nonong sebagai PATI,” kata Ahmad (bukan nama sebenar) yang kesal dengan campurtangan Jabatan Pelajaran Sabah.

Kata Ahmad, sebagai rakan Hairol dan anak jati Lahad Datu, beliau kesal dengan sikap pengecut dan penyibuk Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah dan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu yang hilang maruah sehingga mendesak Hairol meminta maaf kepada Haji Wahab Nonong, yang bukan sahaja telah menyerang dan mencederakan Hairol, malah mengancam keselamatan negara dengan mengugut untuk membakar rumah dan membunuh sepupu Hairol.

“Kenapa Pengarah Pelajaran mencampuri urusan peribadi Hairol, sedangkan Hairol menunaikan tanggung jawabnya kepada agama dan negara dengan mendedahkan bahawa Haji Wahab Nonong sebagai PATI yang mendapat kad pengenalan projek dan dilindungi UMNO,” kata Ahmad yang kesal kerana Pengarah Pelajaran mengelirukan orang awam bahawa beliau adalah Doktor Falsafah, sedangkan beliau hanya Doktor Hemoepathy yang tidak layak menggunakan gelaran ‘DR’ di hadapan namanya.

Sehubungan itu, Ahmad menggesa agar Hairol tidak mengikuti arahan Pengarah Pelajaran Sabah yang gentar kepada ugutan anak Haji Wahab, Abdul Munap (berstatus penduduk tetap) yang telah membuat aduan rasmi berhubung kenyataan Hairol di Sabahkini.net dan Youtube, sehingga sanggup mengugut untuk memecat Hairol daripada jawatannya jika enggan menarik balik kenyataannya.

Tegas Ahmad, jika inilah mentaliti Muhyiddin, maka tidak ada istimewanya mempunyai Pengarah Pelajaran yang pengecut dan gagal menjaga kepentingan rakyat Sabah daripada anasir subversif seperti PATI yang tergamak merampas surau dan menghalau imam.

“Saya ingin bertanya Muhyiddin, berapa PATI bayar untuk mengarahkan Hairol menarik balik kenyataannya di Sabahkini.net dan Youtube; sedangkan Hairol telah membuat laporan polis beliau dipukul dan rakaman video disaksikan penduduk kampung yang sama-sama bersembahyang tarawih,” kata Ahmad yang simpati dengan nasib guru-guru di Sabah yang dikekang pergerakan mereka dalam perjuangan dan jihad membela agama dan tanah air.

Dalam pada itu, penduduk kampung Lamak Bukit, Silam memaklumkan bahawa Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintenden Samsuddin Mat telah datang menyiasat surau PPRT berkenaan dan menyoal siasat penduduk siapa yang membuat rakaman Videoklip berkenaan.

“Dia tidak siasat Haji Wahab Nonong yang memang jelas PATI yang mendapat kad pengenalan projek tetapi menjadi Sultan di tanah adat milik Nina Binti Gayah,” kata salah seorang ahli keluarga yang meminta namanya dirahsiakan kerana bimbang diserang dan dicederakan Haji Wahab Nonong.

Pengadu tidak tahu apa tujuan Ketua Polis Daerah datang ke surau berkenaan kerana sehingga kini sudah lima kali polis datang mengambil gambar surau tetapi tidak menderma walau satu senpun, sehinggalah Timbalan Pengerusi LDP, Chong Su Vun menghulurkan derma kepada Tabung Surau.

Usaha untuk menghubungi Hairol tidak berjaya kerana dua-dua talian telefon bimbit beliau tidak aktif.

Berikut salinan surat amaran dan aduan yang dihantar Abdul Munaf kepada Hairol dan disalinkan kepada Pengarah Pelajaran Sabah dan semua pihak berkaitan.

(Sila Klik Imej Untuk Besarkan)



No comments:

Post a Comment