Thursday 27 October 2011

BIDANG KECANTIKAN LONJAK TARAF HIDUP



TAHNIAH….Salah seorang peserta kursus sedang menerima sijil penyertaan daripada Intan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SABRINA MORA TA

KURSUS Kecantikan dan Pendandanan anjuran bersama Jari Menari Academy dan Koperasi Usahawan Wanita Sandakan Bhd yang dikendalikan oleh Intan Ramlee yang bertindak sebagai Training Instructor mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan kaum wanita setempat.

Program yang diadakan selama sehari itu di Dewan Serbaguna Kompleks Sandakan, KM 8.6 Jalan Sibuga telah disertai seramai lebih 60 orang wanita yang datangnya dari pelbagai tempat.

Dalam sesi temubual antara Sabahkini.Net dengan Intan, antara lain menjelaskan tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk melahirkan jurusolek yang professional dari Sandakan.

DANDAN….Intan menunjukkan cara-cara mendandan rambut sambil diperhatikan oleh beberapa peserta.

Katanya di daerah Sandakan kini, ramai golongan wanita daripada Bumiputera hampir 50 peratus mereka membuka perniagaan sendiri dalam bidang pensolekan dan pendandanan khususnya di pusat-pusat bandar dan bandar-bandar satelit seperti di Bandar Indah Jaya, Bandar Kim Fung, Bandar Sibuga Jaya, Bandar Maju, Bandar Prima Bandar Leila, Bandar Nam Tung, Bandar Labuk dan Bandar Tyng Garden.

Kata Intan lagi, mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang jurusolek kecantikan dan pendandanan yang tidak mempunyai modal untuk membuka perniagaan sendiri, masih ada ruang untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi dan bank-bank perdagangan; antaranya MARA, TEKUN, Bank Pertanian dan Bank Simpanan Nasional dengan mengemukakan kertas kerja sijil kursus seperti Diploma Kursus Pendandanan seperti yang disyaratkan oleh bank-bank tertentu.

Katanya kursus seumpama ini tidak sampai setakat di sini sahaja, namun akan teruskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan

No comments:

Post a Comment