Monday 10 October 2011

BUDAYA SAMPAH AIBKAN SANDAKAN



BARISAN…. Sebahagian petugas gotong-royong. Charlie Pang lima dari kiri.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : HARRY CHUNG

PENDUDUK Taman Damai, Sandakan, disaran mengutamakan penjagaan kebersihan di sekeliling kawasan rumah mereka agar indah dan sedap mata memandang.

Kawasan rumah yang sentiasa bersih sudah pastinya dijauhi wabak penyakit seperti kolera dan deman denggi dengan tidak menyimpan bekas botol-botol plastik yang mengandungi air kerana boleh mengundang pembiakan jentik-jentik.

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan, Charlie Pang berkata demikian ketika mengetuai Gotong Royong membersihkan Taman Rekreasi Taman Damai, KM 7.8, Jalan utara, Sandakan anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Elopura, kelmarin.

“Kerjasama semua penduduk di Taman Damai ini untuk menjaga kebersihan di setiap sudut kawasan rumah masing-masing adalah penting untuk menjamin kesejahteran kehidupan rakyat seharian,” kata Charlie lagi.

Bagaimanapun, Charlie merasa kecewa kerana walaupun Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) seringkali menganjurkan kempen kebersihan untuk menyedarkan masyarakat setempat, tetapi nampaknya tidak berkesan langsung; malahan segelintir masyarakat buta hati terus membuang sampah di merata tempat, seperti di taman rekreasi dan di kawasan sekitarnya.

“Sampai bila masyarakat Sandakan dapat mengubah tabiat buruk yang kurang bertanggungjawab walaupun MPS telah menyediakan tong-tong sampah untuk memudahkan orang ramai membuang sampah yang teratur, tetapi tong-tong sampah berkenaan tidak dimanfaatkan sepenuhnya,” kata Charlie yang terkilan kerana sudah menjadi trend membuang di merata-rata.

Kata Charlie, masyarakat patut malu dengan para pelancong asing yang kerap datang ke Sandakan apabila sampah telah menjadi penyambut tetamu.

Gotong Royong yang bermula dari jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang telah disertai lebih 130 orang penduduk Taman Damai termasuk ahli-ahli LDP daripada beberapa bahagian dan cawangan di Sandakan.

No comments:

Post a Comment