Wednesday 12 October 2011

COMBI MAMPU PERKASA KOMUNITI



SEMBUR......Rosnah melakukan penyemburan fogging sebagai simbolik pelancaran.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO

TIDAK dinafikan kebanyakan kejadian penyakit berjangkit, termasuk deman denggi berkait rapat dengan tingkah laku manusia yang sebenarnya boleh dikurangkan melalui komitmen masyarakat itu sendiri untuk berubah.

Langkah pencegahan terbaik terhadap penularan demam denggi yang disebabkan oleh nyamuk Aedes adalah melalui perubahan tabiat dan tingkah laku masyarakat yang kita yang kurang mengambil berat tentang kebersihan dan keselamatan di persekitaran kawasan tempat tinggal mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin berkata demikian semasa berucap di majlis Pelancaran COMBI, Taman Pantai Lok Kawi di Dewan Taman Lok Kawi Kinarut, baru-baru ini.

Kata Rosnah, Program Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Lagu atau COMBI adalah medium penting untuk memperkasa peranan komuniti dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit berjangkit.

“Pendedahan maklumat oleh sukarelawan COMBI penting kerana ketika ini belum ada ubat untuk merawat demam denggi yang boleh membunuh pengidapnya,” jelas Rosnah lagi.

CENDERAHATI ....Terima kasih salah seorang peserta yang menyertai program tersebut menerima cenderahati kenangan daripada Rosnah.

Kata Rosnah sewajarnya penduduk menggunakan 10 minit masa mereka di hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen kawasan Papar merangkap Ketua Puteri UMNO Malaysia selanjutnya berkata, kerjasama antara pemimpin dengan penduduk setempat adalah amat penting dalam mencegah pembiakan nyamuk Aedes dan masalah kesihatan lain kerana terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan secara bersama.

Katanya lagi, mereka perlu melaporkan segara kejadian seperti demam denggi, cirit birit dan penyakit lain atau keadaan luar biasa kepada pihak Jabatan Kesihatan; selain boleh merujuk segera ke klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran.

Menurut Rosnah lagi, penduduk juga mesti proaktif dan peka terhadap keadaan semasa dengan memastikan tiada masalah berkaitan demam denggo berlaku dalam kawasan mereka, sementara kaum ibu dan suri rumah pula boleh membantu menjaga kesihatan keluarga.

No comments:

Post a Comment