Wednesday 12 October 2011

‘DADAH MUSNAHKAN AKAL DAN IMAN’



BINCANG....sambil menerima sijil penghargaan menyertai program tersebut Dr Zaitun sempat berbincang dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIES S JUMADI

RINGKASNYA SAGA atau Sandakan AIDS Support Group Association berfungsi memberi bimbingan kepada belia yang berisiko tinggi, kini semakin mendapat sambutan oleh pelbagai masyarakat setempat.

Peranan SAGA ialah membantu untuk menjelaskan kepada golongan belia tentang bahayanya wabak HIV dan AIDS kerana ia boleh menyumbangkan ramai kematian manusia di negara ini pada saban tahun; apatah lagi semakin ramai remaja menjangkiti penyakit ini melalui perkongsian jarum suntikan dadah dan seks bebas.

Presiden SAGA yang merupakan Doktor Pakar Keluarga Pesakit Luar daripada Jabatan Kesihatan Sandakan, Dr Zaitun Yahya dalam petemuan dengan Wartawan Kanan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan, kelmarin, semasa SAGA menyertai Program ‘Bringing Service To The People’ anjuran Pejabat Parlimen Sandakan di Gelanggang Bola Tampar ,Taman Rekreasi Bandar Pasar Raya, Batu 4, Jalan Utara Sandakan.

CERIA…...Presiden dan AJK SAGA abadi kenangan dengan Wartawan Kanan Sabahkini.Net selepas mengadakan temubual.

“Dalam kesempatan ini, saya bagi pihak SAGA tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sabahkini.Net yang sentiasa mengikuti perkembangan dan aktiviti-aktiviti SAGA dari semasa ke semasa,” ujar Dr Zaitun.

Katanya lagi, melalui pendedahan media khususnya di portal Sabahkini.Net mengenai peranan SAGA kepada masyarakat setempat, mereka mula dikenali persatuan ini di persada mata masyarakat.

Dr Zaitun juga mengucapkan terima kasih kepada badan politik seperti PBS, LDP dan badan-badan NGO lainnya sering kali mereka mengadakan aktiviti yang ada hubungan kaitnya dengan hal ehwal kemasyarakatan; pastinya mereka mengundang SAGA untuk turut serta mengambil bahagian dalam aktiviti yang mereka laksanakan..

Jelasnya lagi, pada 15 Oktober in di Dewan Masyarakat Sandakan, Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan dengan kerjasama Puteri UMNO Bahagian Sandakan, menganjurkan program membanteras dadah yang bertemakan, ‘Dadah Musnahkan Akal dan Iman’ SAGA juga telah dijemput untuk hadir bagi memberikan ceramahnya yang berkaitan pengambilan dadah yang menyebabkan dan punca HIV-AIDS di kalangan remaja dewasa ini.

No comments:

Post a Comment