Sunday 2 October 2011

DATUK SERI Vs DATUK SERI PANGLIMA?



LIMA menteri Persekutuan mendahului senarai 722 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun ke-58 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin yang disambut Sabtu.

Mereka yang merupakan antara 10 penerima darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran 'Datuk Seri Panglima' ialah Menteri Pertahanan Datuk SERI Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri Datuk SERI Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk SERI Mohd Shafie Apdal; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman.

Turut menerima darjah kebesaran tertinggi negeri itu ialah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye; Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Sulong Matjeraie; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Sukarti Wakiman; Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Anggang dan bekas timbalan ketua menteri Sabah Datuk Tham Nyip Shen.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Banggi Abdul Mijul Unaini pula mengetuai senarai 47 penerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Penerima darjah kedua tertinggi yang lain ialah Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Pang Yuk Ming; penasihat Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) Abd Latiff Kandok; Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Almudin Kaida; Ketua Umno Bahagian Beluran James Ratib; bekas Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Muhammad Hatta Ab Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pembangunan Sabah Mohd Hasnol Ayub; Pegawai Pembangunan Negeri Matusin Sunsang; penyanyi veteran Sabah Justine Stimol; Pengarah Jabatan Cetak Negeri Salsidu Ibrahim; Ketua Umno Bahagian Ketua Marudu Wetrom Bahanda;.

Bekas pembantu menteri negeri Yapin Gimpoton; Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah Yusof Sarangit; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman; Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Madya Dr Kasim Mansur; Naib Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Fatimah Shara Ahmad Noor; Pengarah Jabatan Pertanian Negeri MC Ismail Salam; Pengurus Besar Kanan (Operasi) Sabah Electricity Sdn Bhd Peter Lajumin; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah SAC Tan Kok Liang dan ahli-ahli politik veteran Mohd Said Senang dan Salman Ghulam.

Turut menerima anugerah PGDK ialah Abdullah Mohd Said; Ahmad Abdul Rahman, Steven Awit Beliku; Chong Choon Kim; Chu Kok Keng; Elizabeth Maurice @ Mary Elizabeth Maurice Anthony; Ismail Mayakob; Jasri @ Nasip Matjakir; Joseph @ Bernard Dalinting; Leong Chen Kong; Leong Pau Chu @ Mayang; Lim Kong Yuen dan Malaya Sibuku @ Ayalamshah.

Penerima PGDK yang lain ialah Dr Mathavan A/L Karuppiah; Mohd Basari Abdul Gafar; Norbert Chin Chuan Siong; Rajaratnam A/L Satsithananda; Rajendran PV Gopalan @ Victor Rajasekaran; Brig Jen Ranjit Singh Ramday; Rowland Chin Kok Fah; Siti Aisah Mohd Asry; Soon Ten Fook; Wong Yun Sang; Mak Saok Fong; Sahidun Basni @ Saidun Basni dan Lim Nyuk Min.

Bekas anggota Parlimen Sandakan Datuk Lau Ngan Siew dan bekas setiausaha akhbar kepada lima ketua menteri terdahulu Datuk Stanislaus Yee Fong Chen merupakan antara lapan orang yang menerima Jaksa Pendamai (JP), sementara penerima JP yang lain ialah Pengarah Urusan New Sabah Times Anthony Wong, peguam Ruvia Awang, Joseph Ahlan, Stephen Laison Alamin, Mohamad Alamin dan Anthony C. Linggian.

Antara 59 penerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) ialah Pengarah Penjara Sabah Suria Ibrahim; Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah Yabi Yangkat; Ketua PBS Bahagian Sepanggar William Majimbon; Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa Datu Basrun Datu Mansor; Pengurus Besar Petronas Carigali Sdn Bhd bagi Sabah dan Labuan Joseph Podtung; ahli perniagaan Mohd Joehari Ayub; Ketua Pemberita Daily Express Kassim Sangi dan Ketua Pemberita Utusan Borneo John Tambanan.

Bagi Ahli Darjah Kinabalu (ADK) yang akan diterima 129 orang, antara mereka ialah Penolong Ketua Pengarah Penerangan Sabah Dr Arby Cole dan wartawan Utusan Borneo Yusop Teppo manakala juruhebah RTM Norane Ahmad merupakan antara 182 yang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK).

Seramai 223 menerima Bintang Kinabalu (BK) manakala 64 lagi menerima Sijil Kehormat (SK).

Sambutan ulang tahun rasmi kelahiran Yang Dipertua Negeri Sabah, yang biasanya diadakan setiap tahun pada 16 September diadakan pada Sabtu pertama bulan Oktober sejak tahun lepas apabila tarikh 16 September diisytiharkan sebagai cuti Hari Malaysia. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment