Tuesday 18 October 2011

FESTIVAL BAGANDANG 2011 DI BEAUFORT



JAWATANKUASA…....Azizah (duduk tengah) dan Wong (duduk tiga kiri) merakamkan gambar kenangan selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pelaksana Festival Bagandang 2011 di Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

Pengerusi Induk Festival Bagandang, Wong Foo Tin berkata Festival Bangandang 2011 akan diadakan pada 29 dan 30 Oktober di Pekan Beaufort yang majlis perasmiannya yang dijadualkan pada 29 Oktober dijangka akan disempurnakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.

Beliau berkata festival yang diadakan sejak tahun 2009 itu adalah acara tahunan yang telah dimasukkan dalam kalendar pelancongan Sabah mulai tahun lalu.

Wong yang juga Pegawai Daearah Beaufort berkata pada 22 Oktober Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap penaung festival itu, Datuk Hajjah Azizah Mohd Dun akan menyempurnakan pra pelancarannya.

“Sempena pra pelancaran itu nanti pihak kita menganjurkan Bengkel Bagandang yang dikendalikan oleh Universiti Malaysia Sabah yang dijangka disertai kira-kira 150 peserta daripada kalangan pelajar sekolah,” kata Wong.

Beliau turut memberitahu, pada 23 Oktober penganjur juga akan mengadakan Larian Bagandang 1 Malaysia yang bermula di Kompleks Sukan Beaufort.

“Sehubungan itu saya mempelawa orang ramai datang beramai-ramai untuk menyertai larian itu nanti. Peserta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik,” katanya.

Sempena majlis perasmiannya pada 29 oktober pula acara yang akan dilangsungkan ialah Simfoni Bagandang, Pertandingan Bagandang, Ratu Bagandang,Pameran adat perkahwinan suku kaum, persembahan silat, pertandingan masakan tradisi, pertandingan Tarik Tali dan Pameran oleh Jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Acara lain yang turut diadakan pada program dua hari ini antaranya ilah Bintang Bagandang, sukan rakyat, sukan air, pertandingan mewarna kanak-kanak dan Konsert Bagandang di malam penutupan pada 30 Oktober,” katanya.

No comments:

Post a Comment