Monday 31 October 2011

GOTONG ROYONG NILAI SOSIO-EKONOMI



Oleh : RYNER JAMES

AMALAN gotong royong merupakan amalan masyarakat kita sejak sekian lama, sesuai dengan kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kini, selepas merdeka, gotong-royong telah diklasifikasikan sebagai salah satu nilai sosio-ekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan dan penyatuan bangsa Malaysia.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Keningau, Azman Hj Ruslan berkata demikian ketika menghadiri program gotong-royong dan dialog bersama masyarakat Kg. Alab Senagang, Keningau di Keningau, baru-baru ini anjuran JKKK dan Kelab Belia Mukim Senagang, Keningau.

Azman berkata, bagi memastikan negara boleh pergi jauh menongkah arus pembangunan moden, perpaduan antara masyarakat harus kukuh. Justeru itu harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persafahaman antara kaum dan tidak dinafikan bahawa aktiviti gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif melalui semangat bantu-membantu dan berkerjasama di antara satu sama yang lain.

Beliau juga menyarankan agar program seumpama ini (gotong-royong) perlu dipertahankan hingga genarasi akan datang kerana aktiviti ini mampu merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah; malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih jauh di era globalisasi.

Dalam pada itu, Azman mengingatkan kepada semua pimpinan akar umbi agar peka akan permasalahan rakyat di kawasan masing-masing dan segala permasalahan yang wujud perlulah dimaklumkan kepada wakil rakyat dan jabatan-jabatan yang berkaitan agar masalah tersebut boleh di atasi.

Sehubungan dengan itu, Azman menyeru kepada semua masyarakat Kg. Alab Senagang agar terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan pada hari ini di bawah pimpinan Dato' Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.

No comments:

Post a Comment