Monday 17 October 2011

“GUNAKAN MULUT ANDA UNTUK ‘BLOW JOB’!”



Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

“Nothing wrong with you, except your mouth. Use it more for ‘blow job’ and not for making statements!” (Tidak ada sebarang kesilapan anda, melainkan mulut anda. Lebih baik gunakan mulut anda untuk ‘menghisap pe**r’ (seks oral).

SMS yang diterima daripada Ketua Pengarang sebuah akhbar ternama di Sabah begitu mengejutkan seorang kolumnis tetap kerana bukan sahaja tidak menerima sebarang bayaran, malah menerima cacian dan maki hamun yang menjengkelkan.

Menurut Kolumnis tersebut, beliau mengalami tekanan perasaan dan merasa terhina kerana sebagai seorang wanita professional, pemimpin NGO dan telah bersuami, akan menimbulkan pandangan berbeza apabila seorang Ketua Pengarang akhbar mencarut dan menghina penulis wanita sepertinya.

“Apa perasaan anda jika seorang lelaki menghantar SMS kepada anda seperti yang dilakukan Ketua Pengarang berkenaan dan SMS berkenaan dibaca oleh suami anda?” tanya Kolumnis berkenaan dengan nada kesal.

Mujur suami Kolumnis berkenaan seorang yang berfikiran terbuka, namun kesal dengan sikap Ketua Pengarang yang telah melakukan kelucahan seks melampau dan mencadangkan Kolumnis untuk mengambil tindakan undang-undang; namun beliau berharap agar pemilik akhbar berkenaan menghukum Ketua Pengarang terlebih dahulu.

“Saya lebih kesal kerana tidak menyangka Ketua Pengarang berkenaan menyuruh saya tutup mulut kerana berpendapat pandangan orang awam boleh dibeli dan menjadikan kerjaya mencaci orang sebagai keseronokan atau hobi. Bukan saya sahaja yang jadi mangsa, malah ramai wartawan wanita lain juga pernah menghadapi gangguan seksual yang lebih teruk daripada saya,” kata Kolumnis berkenaan yang menggesa agar Ketua Pengarang berkenaan memohon maaf secara terbuka.

No comments:

Post a Comment