Sunday 16 October 2011

‘HIDUP HANYA UNTUK BERKAHWIN’



PALINGENIA Longicauda atau dikenal juga dengan nama ‘Tisa's Flower’ adalah satu spesies serangga purba yang dipercayai muncul sejak 200 juta yang lalu dan salah satu tempat pemunculan serangga ini ialah di Tisa River, Hungary.

Pengkaji serangga berpendapat Tisa River adalah salah suaka terakhir serangga tersebut muncul dalam jumlah yang sangat besar sehingga diberi gelaran, "Wedding Dance" (Tarian Perkahwinan).

Namun hanya beberapa hari dalam bulan Jun setiap tahun Tisa's Flower lahir, kahwin dan mati. Hidup serangga ini sangat singkat iaitu selama 3 jam sahaja dan segalanya akan berakhir. Serangga yang tidak mempunyai mulut ini ‘Hidup’ hanya untuk kahwin lalu mati.

Hidup yang sangat singkat, tapi sangat indah ini benar-benar memukau pandangan pelancong dan mungkin sukar untuk diceritakan melalui gambar atau kata-kata.

Sangatlah menarik untuk menyaksikan fenomena tersebut, yang merupakan salah satu fenomena terindah yang hanya berlangsung selama 5 hari saja di bulan Jun. Ribuan serangga ini terbang dengan semangatnya memenuhi seluruh sungai.

Serangga Palingenia Longicauda ini merupakan salah satu serangga ‘Mayfly’ yang terbesar di Eropah. Serangga jantan panjangnya dapat mencapai 12 cm, dari kepala sampai ekor. Serangga ini menjadi larva selama 3 tahun di dasar sungai.

Selepas larva menetas, mereka terus dewasa, berpasang-pasangan, kemudian langsung mati. Serangga ini mempunyai sayap yang unik, akan berganti kulit setelah mencapai fungsi utamanya.

Tisa's Flower tumbuh dewasa hanya satu kali iaitu pertengahan bulan Jun, sekitar jam 5 hingga 6 petang; lantas menari-nari di atas permukaan air sungai dalam kelompok yang besar. Kemudian mereka akan berganti kulit di atas pohon, di tanah atau di mana sahaja tempat yang mereka hinggapi.

Fenomena tersebut dikenal dengan nama Tissa Blooming atau Pemekaran Tisa. Setelah mereka tumbuh dewasa secara penuh (setelah beberapa detik mereka berganti kulit). Manakala serangga jantan hanya memiliki beberapa jam saja untuk menemukan betina pasangan mereka dan berpasangan sebelum mereka mati.

Setelah berpasangan atau kahwin, serangga betina terbang menyusuri sungai untuk memastikan apakah telurnya sudah berada di dalam sungai dan jatuh ke dalam dasar sungai. Kemudian telur tersebut akan menjadi larva dalam waktu 45 hari dan akan menetas setelah 3 tahun.

Serangga ini merupakan serangga yang sensitif dengan pencemaran alam. Jika mereka berada di sebuah sungai, pastilah sungai tersebut merupakan sungai yang bersih dan serangga ini juga makanan yang digemari ikan, sehingga ramai pemancing menggunakan serangga ini sebagai umpan pada pancing mereka.

Ketika ini serangga Palingenia Longicauda sudah pupus di beberapa negara Eropah dan hanya boleh ditemui di Serbia dan Hungary.

No comments:

Post a Comment