Thursday 13 October 2011

‘I LOVE ELOPURA’ DILANCAR 23 OKTOBER

TAKLIMAT.....Au sedang memberikan taklimat kepada Ketua-Ketua Blok di sidang sesi mesyuarat tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

HANYA 35 daripada 57 orang Ketua-Ketua Blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra yang dijemput ke Mesyuarat Jawatankuasa Ketua-Ketua Blok Taman Mesra tajaan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri dan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) kawasan Elopura hadir ke mesyuarat tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat Parti Gerakan Rakyat kawasan Elopura di Sandakan, petang kelmarin.

Mesyuarat yang di hadiri oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Chan Tzun Hei, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Mohamed Hj Untung dan Pemaju Masyarakat Maflindo Mohd Pandaok telah dipengerusikan sendiri ADUN Elopura Au Kam Wah.

Dalam perbincangan yang hampir memakan masa lebih dua jam itu antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai kebersihan sekeliling kawasan Taman-Taman Perumahan khususnya Taman Mesra; yang ada hubung kaitnya dengan Kempen Kebersihan dan Mengindahkan Alam Sekitar Elopura 2011, kerana mereka diwajibkan memain peranan penting mengutamakan penjagaan kebersihan di setiap sudut.

Sejurus selapas mesyuarat tersebut, satu sesi temuramah dengan ADUN tersebut diadakan di biliknya mengenai permasalahan penduduk Taman Mesra yang kini hangat diperkatakan di sana sini.

Ditanya mengenai kedudukan Taman Mesra, Au menjelaskan sesiapa sahaja tidak dapat menafikan memang di kawasan perumahan itu banyak menghadapi masalah, terutama sekali tentang kebersihan, kedua mengenai keselamatan dan yang ketiga mengenai penghuni asal kediaman menyewakan kepada orang lain.




KUSYUK.....Sebahagian Ketua-Ketua Blok yang hadir begitu kusyuk mendengar taklimat daripada ADUN tersebut mengenai kes Taman Mesra.

WAWANCARA....Wartawan Kanan Sabahkini.Net sedang menemuramah ADUN Elopura mengenai isu Taman Mesra.

Menurut keterangan beberapa orang ketua blok yang mendakwa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengenakan caj penggunaan air paip tidak mengikut kriteria yang ditetapkan; walaupun setiap penghuni dibekalkan meter oleh Jabatan Air tetapi pihak MPS langsung tidak membaca meter tersebut lantas mengenakan kadar ikut suka hati mereka.

Kata mereka, ada ramai keluarga tinggal bersama, antara 8 orang hingga 12 orang, tetapi MPS hanya mengenakan caj air RM10 sebulan, sebaliknya keluarga kecil seramai 4 orang dikenakan caj bil air hingga RM25 sebulan sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk setempat.

Bagaimanapun, kata Au, beliau akan membawa perkara ini ke pengetahuan pihak MPS untuk mencari punca kenapa perkara sebegini boleh berlaku dan mencari jalan penyelesaian.

Sebagai soalan tambahan mengenai mesyuarat yang diadakan bersama ketua-ketua blok berkenaan, jelas Au adalah sebagai persediaan dalam gerak gempur kempen program gotong royong secara besar-besaran yang akan diadakan di Taman Mesra pada 23 Oktober ini bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari; yang bakal disertai lebih 1,000 penduduk yang bertemakan ‘I Love Elopura’ untuk membersihan kawasan di setiap blok yang diketuai oleh ketua blok masing-masing.

No comments:

Post a Comment