Sunday 30 October 2011

ISU SKANDAL GEREJA ‘WAKE-UP CALL’



Saudara Pengarang,

RASANYA hujung minggu kita cukup panas dengan grafik yang telah mencemari agama kita. Kita perlu ingat, 'musuh' kita berada di mana-mana. Jangan kita marakkan api yang kecil itu, anggap sahajalah ia merupakan cubaan bagi kita sebagai penganut Kristian.

Sabah merupakan sebuah negeri yang aman, lebih aman dari mana-mana tempat. Orang ramai dari segenap lapisan agama boleh duduk berkumpul dalam satu meja dengan aman, kenapa kita mahu mencemarnya? Biarpun isu ini menjadi jenaka bagi sesetengah orang, anggap sahajalah ini adalah 'wake-up call' bagi kita.

Di harap pada masa mendatang, tidak ada lagi isu agama terutama melibatkan grafik yang keterlaluan itu.

Salam Damai,

LINAH EMA

No comments:

Post a Comment