Tuesday 18 October 2011

JANJI VK LIEW TERTUNAI



SERAH.....Charlie Pang sedang menyerahkan bantuan kerusi kepada Hamid.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : HERRY CHUNG

ISU prasarana yang ditimbulkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Sandakan ketika lawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong sedikit masalah lalu telah ditunaikan secara berperingkat mengikut keperluan dan bidang kuasa.

Namun, kebanyakan permintaan menaiktaraf prasarana perlu diperolehi terus daripada Kementerian Pelajaran kerana peruntukan Ahli Parlimen agar terhad dan hanya mampu menyediakan kerusi plastic untuk kegunaan Dewan Serbaguna Sekolah.

“Pengerusi PIBG harus menulis surat untuk meminta peruntukan lebih kepada Kementerian Pelajaran bagi pembinaan Dewan Baru dan kemudahan kerusi meja serta peralatan komputer,” kata Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan, Charlie Pang yang mewakili Datuk VK Liew ketika memberikan taklimat kepada guru-guru di Majlis Penyerahan Bantuan 400 kerusi plastik kepada sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Kata Charlie, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan khususnya Ahli Parlimen memberikan pelbagai kemudahan yang diperlukan terhadap mana-mana institusi sekolah, khususnya di kawasan lingkungan Parlimen P186 Sandakan, namun peruntukan yang terhad sering menjadi halangan.

CENDERAHATI.....Sebagai mengharga sumbangan tersebut, Hamid telah memberikan cenderati kenang-kenangan kepada Charlie.

“Kerajaan memang mengambil berat tentang pendidikan dan sentiasa memberikan pelbagai bantuan kepada mana-mana institusi sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan juga Pusat-Pusat Pengajian Tinggi demi keselesaan pihak pentadbiran sekolah-sekolah berkenaan,” jelas Pang.

Pengerusi PIBG SK Muhibbah, Hamid Sabal, bagi pihak Guru Besar sekolah berkenaan telah menerima bantuan tersebut yang disampaikan sendiri oleh Charlie Pang.

“Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen atas prihatin dan kesudian beliau memberikan bantuan tersebut kepada sekolah kami,” kata Hamid yang berjanji akan menulis surat kepada Kementerian Pelajaran sebagaimana yang disarankan.

No comments:

Post a Comment