Saturday 29 October 2011

JOM BOIKOT DAILY EXPRESS!



Saudara Pengarang,

MENYOROT artikel Paparazzi Sabahkini.net bertajuk ‘Gunakan Mulut Anda Untuk Blow Job!’ dan sebagai Wanita dan pembayar cukai, saya menggesa agar Pengarah Urusan Sabah Publishing House, Datuk Clement Yeoh mendesak agar Ketua Pengarang Daily Express, James Sarda memohon maaf secara terbuka di media massa termasuk Sabahkini.net kerana kelancangannya melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kolumnis professional Daily Express (nama dirahsiakan).

Adalah tidak bermaruah memalukan kolumnis berkenaan yang telah menyumbang idea secara percuma melalui penulisan professional beliau, sehingga menyebabkan beliau trauma dengan tindakan James Sarda yang diyakini telah menjadikan ramai mangsa sebagai mangsa gangguan seksual beliau.

Saya turut menyarankan agar kolumnis berkenaan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap James Sarda dan penerbit Daily Express kerana menindas perasaan wanita dan bersubahat melindungi kegiatan tidak bermoral James Sarda.

Jika James Sarda enggan memohon maaf, maka saya mengajak wanita Sabah memboikot Daily Express sehingga James Sarda secara rasmi memohon maaf secara terbuka.

Salam Hormat,

CYNTHIA JOSEPH

No comments:

Post a Comment