Thursday 6 October 2011

KARNIVAL KARITON UNTUK SIAPA?




Oleh : MUTALIB M.D

GEJOLAK mencari akar budaya menyebabkan pemimpin UMNO di Semporna, terutama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal terpunduk di hujung keliru; mentafsir peradaban dengan memartabatkan PATI sebagai kerangka pelan tindakan sosio-ekonomi dan eko-pelancongan.

Tidak cukup dengan mengadaptasi budaya ‘Palau’ melalui Pesta Lepa-Lepa (sila klik link ini); mengangkat Budaya ‘Bog-Bog’ sebagai intipati perjuangan; kini melestarikan rencah sari kehidupan ‘Palau’ yang tidak lagi mabuk darat melalui Karnival Kariton (Gerobak Sorong).

Karnival Kariton ini memberi rupa bentuk dan rona budaya yang baru bagi industri pelancongan Semporna yang sebelum ini disajikan dengan ‘Budaya Peminta Sedekah’; kini dihiburkan dengan kelincahan masyarakat ‘Palau’ mencari makan sebagai ‘Porter’ bermodalkan gerobak sorong atau Kariton (dialek Filipina).

Majoriti pengendali Kariton ini tinggal di Bangau-Bangau iaitu generasi kedua atau ketiga ‘Palau’ yang kini tinggal di rumah atas air yang disediakan kerajaan, tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Walaupun Kerajaan melancarkan ‘Operasi Khas Lepa-Lepa’ iaitu untuk memberi kerakyatan kepada ‘Gipsi’ ini; malangnya golongan PATI yang terdiri daripada pelbagai bangsa, terutama Bugis, Filipina, Pakistan, India dan China memanfaatkan peluang keemasan ini.

Bancian rambang yang dijalankan, terdapat lebih 3,000 pengendali Kariton di Semporna terutama di Pasar Ikan dan Kawasan Perumahan Setinggan di seluruh daerah Semporna.

BAYAR.... 'Palau' sedang membayar ansuran Kariton yang dibeli daripada Palau -Pakistan.

Kemudahan kredit mudah tunai yang dikuasai PATI Pakistan yang mendapat kad pengenalan melalui ‘Operasi Khas Lepa-Lepa’ telah menjadikan bidang ini amat penting di Semporna kerana selain Kariton, kereta sapu menjadi kenderaan awam yang utama.

Tinjaun yang dijalankan, walaupun harga tunai Kariton berkenaan hanya RM60, tetapi peniaga Pakistan yang bertindak sebagai ‘Ceti Haram’ menyediakan khidmat sewa beli dengan bayaran RM10 sehari selama 16 hari, mencatat keuntungan RM100 bagi setiap Kariton.

Keuntungan yang hampir tiga kali ganda tidak memberikan kesukaran kepada Palau yang terlibat dalam perkhidmatan Kariton ini kerana kemudahan pinjaman yang disediakan membolehkan mereka membeli bukan sahaja satu, malah ada pengusaha Kariton ini mempunyai lebih 30 Kariton.

Mereka menyewakan Kariton yang mereka beli daripada peniaga Pakistan-Palau ini dengan kadar antara RM5 hingga RM10 sehari.

Senario ini membuatkan pemimpin UMNO dengan kerjasama DiGi menganjurkan Karnival Kariton bagi memeriahkan nadi pengangkutan di Semporna yang bergantung kepada Kariton; tanpa mempedulikan Budaya Kariton berasal dari Filipina.

Walaupun Karnival ini agak menarik, tetapi proses asimilasi Kariton sebagai ‘Pengangkutan Tradisi Filipina’ di Semporna amat tidak wajar dan tidak hairan jika majoriti rakyat tempat Semporna masih belum dapat menerima Shafie Apdal sebagai pemimpin mereka kerana faktor ‘Jus Sanguinis’ (darah) bapanya bekas tentera Filipina!

(NOTA: Pandangan MUTALIB M.D adalah pandangan peribadi beliau berdasarkan kajian dan pemerhatiannya dan tidak mencerminkan Pandangan Laman Web ini.)

No comments:

Post a Comment