Monday 3 October 2011

KE MANA MENGHILANG PEMIMPIN ISLAM DI SILAM?


Oleh : MUTALIB M.D

SEJAK Videoklip bertajuk ‘Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT!’ yang dimuatnaik ke Youtube oleh SabahkiniTV pada 24 September 2011, tidak ada walau seorang pemimpin UMNO Silam atau Wakil Rakyat melawat surau berkenaan.

Menurut Jawatankuasa Surau berkenaan, Khairul Bin Jimlok, sehingga ke hari ini belum ada sebarang pihak yang datang melawat atau menghulurkan bantuan sekalipun beliau percaya mereka tahu kedudukan surau berkenaan.

“Semasa Ramadhan lalu, kita ada tulis surat jemput Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi datang sembahyang tarawih, tetapi tidak ada sebarang reaksi. Saya hantar sendiri ke pejabatnya dan sampai selesai Syawal pun dia tidak muncul,” ujar Khairul yang kesal kerana isu ini berlarutan begitu lama.

Menurut Khairul, pihaknya memerlukan sokongan moral dan sedikit bantuan kewangan untuk membolehkan mereka memulakan kerja-kerja membangunkan Madrasah berkenaan.

“Tetapi oleh kerana pemimpin dan NGO Islam (seperti USIA) di Silam enggan membantu, maka kita terpaksa meminta bantuan daripada pemimpin dan NGO bukan Islam,” kata Khairul yang telah dihubungi oleh beberapa pihak untuk menghulurkan bantuan bagi menjayakan madrasah yang dianggarkan berharga RM350,000 kerana dilengkapi dengan Kelas Agama dan Fardu ain serta Masjid di bahagian atasnya.

Tegas Khairul lagi, pihaknya masih menunggu kelulusan JHEAINS untuk menentukan arah kiblat dan mendapat kelulusan mendaftar Madrasah Nur Islam.

No comments:

Post a Comment