Monday 10 October 2011

KENAPA POLIS TIDAK SAMAN KERETA HALANG LALULINTAS?



Saudara Pengarang.

BILAKAH Trafik dan Kereta Peronda Polis Labuan akan bertindak menyaman kereta yang diletak sesuka hati di tepi jalan sehingga menghalang lalulintas, terutama di kawasan Kedai Kopi 126 Pekan Jati, RHB Bank, Belakang Milimewa Supermarket dan Tepi jalan Dari Kedai Nam tong hingga AM Bank?

Pemilik kenderaan sentiasa meletak kereta di tepi kedai kopi tersebut dan masuk minum atau makan tanpa mempedulikan kereta mereka menghalang dan berbahaya kepada pengguna jalanraya lain.

Mungkin manusia berkepala ‘Otak Udang’ semakin sombong kerana seolah-olah tiada pihak berkuasa berani menyaman kereta mereka.

Sehubungan itu, kami meminta Polis Trafik dan Kereta Peronda Polis mengambil tindakan menyaman kereta yang diletakkan sesuka hati tanpa mempedulikan keselamatan pada penguna jalanraya lain.

Kami harap Cawangan Trafik tidak melayan pengurangan saman bagi mengajar mereka agar tidak meletak kereta sesuka hati sebelum masuk kedai kopi minum. Namun jika berhenti di depan klinik atau menurunkan barang, bolehlah dimaafkan.

Salam Hormat,

PEGAWAI SAFETY.

No comments:

Post a Comment