Friday 28 October 2011

KITA TIDAK JEJAS KEKUATAN BN



TAHNIAH….Lajim ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pengerusi kopersi cemerlang pada majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

KEHADIRAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dalam arena politik di Sabah tidak akan menjejaskan kedudukan serta kekuatan Barisan Nasional di Sabah, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

Katanya, seperti yang diketahui ramai, jarang sekali mereka yang terkeluar dari arus perdana politik Negara, muncul dan akan mendapat sokongan kecuali Allahyarham Tun Mustapha yang pernah ‘jatuh’ dalam politik tetapi mampu ‘bangun semula’ untuk berjaya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan merasmikan Pelancaran Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Parlimen Beaufort dan Seminar Tranformasi Tadbir Urus Koperasi di Beaufort petang kemarin dan diminta mengulas hasrat parti KITA untuk meletakkan calon di 60 kerusi negeri dan 25 kerusi Perlimen pada pilihanraya umum akan datang

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, sesiapa juga pemimpin parti KITA tidak akan memberi impak yang besar kepada kepimpinan Umno dan Barisan Nasional di Sabah mahupun di negara ini.

“Saya pun tidak pesti apa tujuan mereka berhasrat mahu bertanding di Sabah pada pilihanraya akan datang kerana sudah ada parti dari semenanjung yang sudah ternama layak dan mendapat sokongan bertanding di negeri ini,” jelasnya

Katanya, sudah ada parti-parti politik yang rakyat Sabah boleh memikirkan mana yang baik untuk mereka dan ini terbukti dengan keupayaan Barisan Nasional menstabilkan politik di negeri ini khususnya dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan demi untuk kemajuan negeri Sabah dan rakyat keseluruhannya

Bagaimanapun Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai sebuah negara demokrasi, parti KITA bebas untuk datang ke Sabah dan bertanding.

Pada Rabu lepas, Ketua Parti KITA Sabah, Datuk Pengiran Othman Rauf berkata, parti itu berkemungkinan akan bertanding di semua kerusi negeri dan parlimen di Sabah.

Katanya, KITA adalah sebuah parti bebas kerana tidak terikat dengan sebarang perjanjian dengan mana-mana parti di Sabah.

No comments:

Post a Comment