Sunday 23 October 2011

KONGRES LDP KE 22, JULUNG KALI DI SANDAKAN


BINCANG....Liew sedang membincangkan sesuatu dengan ketua-ketua badan NGO pada mesyuarat tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat oleh rakyat berbilang kaum di negeri ini akan terus memberikan khidmat kepada rakyat untuk membantu dalam pelbagai aspek bagi meningkatkan arus perdana pembangunan di setiap pelusuk negara.

Ini adalah konsep kerajaan yang sedia yang sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyatnya, tidak mengira anutan agama, budaya dan ideologi politik terus terbela.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat dengan tiga NGO; Lembaga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK(C) Chi Wah; Gereja St. Michael dan Jawatankuasa Tanah Perkuburan Kristian di pejabatnya di Sandakan, kelmarin.

“Kita sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat yang diberi mandat oleh rakyat kita harus pulang juga kepangkuan rakyat dan kita tidak boleh membelakangkan tanggungjawab kita kepada rakyat dalam memberi bantuan yang diperlukan.” Ujar V.K.Liew.

Badan-badan NGO yang memainkan peranan masing-masing ke arah menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sosial, keagaaman dan kebajikan, kata Liew, harus diberikan bantuan sewajarnya agar dapat bergerak dalam melaksanakan pelbagai program yang membawa manfaat kepada masyarakat setempat.

Dalam perkembangan berkaitan, Liew turut mengumumkan bahawa Pergerakan Pemuda dan Wanita LDP akan mengadakan Kongresnya pada 29 Oktober ini bermula pada jam 2.00 petang di Dewan SM Yu Yuan, Sandakan.

Sementara di sebelah malamnya pula majlis Makan Malam LDP akan diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan dengan tujuan untuk meraikan kedua-dua mesyuarat Pemuda dan Wanita parti itu.

Manakala pada 30 Oktober, Kongres Parti LDP 2011 Ke 22 akan diadakan buat julung kalinya Sandakan iaitu di Dewan SM Yu Yuan bermula jam 10.00 pagi yang majlis perasmiannya akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Pusat, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Katanya lagi, seramai 684 perwakilan dan 420 pemerhati yang membabitkan 30 bahagian di seluruh pelusuk Sabah akan hadir pada persidangan tersebut.

V.K.Liew berkata, sebelum beliau memegang jawatan Presiden parti berkenaan, parti LDP hanya mempunyai 25 bahagian sahaja, tetapi setelah beliau menjadi Presiden, LDP semakin mantapb dan berkembang sehingga berjaya menambah 5 bahagian lagi kerana LDP adalah parti kelahiran Sabah dan bukannya parti import.

No comments:

Post a Comment