Tuesday 4 October 2011

KPDNKK DIGESA PANTAU HARGA SAYAP AYAM



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi mengawal kenaikan mendadak sayap ayam di Kunak daripada RM9.50 kepada RM13.90 sekilogram.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi menegaskan kenaikan harga sayap ayam tanpa kawalan di sebuah kedai harga patut, Milimewa, memang tidak patut.

“KPDNKK tidak wajar bersekongkol dengan Kedai Harga Patut untuk merompak wang rakyat melalui kenaikan harga mendadak sebanyak RM4.40 atau 46 peratus daripada harga asal,” kata Citra yang menghantar dua gambar notis harga yang dirakam di Milimewa Kunak melalui email.

Menurut Citra, akibat kenaikan harga sayap mentah tersebut menyebabkan harga Sayap Ayam panggang yang dijual di Pasar Malam Kunak naik daripada RM1 atau RM1.20 seketul kepada RM2.00; berbanding di Pasar Malam Kundasang masih kekal RM1.30 seketul.

Sebelum ini kata Citra, pihak AMK mendapati harga Sayap Ayam di Kanowit, Sibu, Sarawak mencecah RM16 sekilogram, namun sayap ayam beku masih dijual pada harga RM11 sekilogram; tetapi tidak ada pihak yang memaklumkan hasil serbuan KPDNKK ke Kanowit.

“Cukuplah menghukum rakyat miskin. Walaupun isu sayap ayam ini dianggap remeh, tetapi ia adalah hak asasi manusia untuk memilih makanan yang mereka suka dan tidak boleh dipaksa memakan bontot atau daging ayam yang mungkin lebih murah,” kata Citra yang kesal dengan sikap pemimpin BN yang memperlekehkan isu kenaikan harga barangan pengguna.

2 comments:

  1. KPDNKK perlu brtindak", aduan dn gmbr telah diserta...

    ReplyDelete
  2. Kos pembekal sayap ayam zaman 2013 ialah RM 9.40 - RM 9 .80 perkg mengikut gred. So harga jual ialah dalam RM 11-11.90 perkg.

    ReplyDelete