Saturday 22 October 2011

LDP SOKONG GERAKAN TIDAK TANDING PRU-13



WAWANCARA KHAS ..Liew sedang diwawancara khas oleh Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan mengenai isu parti GERAKAN.

Oleh:SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SARANAN Ahli Parlimen kawasan Kalabakan, Datuk Hj Abdul Ghafur Salleh yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Hj Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak supaya tidak menurunkan calon daripada Parti GERAKAN untuk bertanding di mana-mana sahaja kawasan sama ada di Semenanjung mahupun Sabah pada pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) ini nanti harus disokong oleh semua pihak.

Dalam konteks ini, ramai ahli Parlimen dan para penyokong komponen Barisan Nasional (BN) menyambut baik saranan Ghafur berhubung gesaannya kepada Perdana Menteri mengenai isu calon daripada Parti Gerakan.

Presiden Parti Leberal Demokratik (LDP) yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dalam satu wawancara Khas dengan Sabahkini.Net ketika mengulas beberapa kenyataan akhbar daripada para pemimpin BN negeri, termasuk ulasan mantan Ahli Parlimen kawasan Libaran Datuk Haji Akhbarkhan Abdul Rahman yang tersiar di akhbar tempatan kelmarin bertajuk “Fatal for BN To Treat Election Lightly-Ex-PM.”

Kata V.K.Liew, mereka memberi pandangan sedemikian kerana telah mengambil kira beberapa sudut mengenai kedudukan dan prestasi sokongan rakyat terhadap parti itu yang gagal mempertahankan sehingga banyak kehilangan kerusi sama ada kerusi DUN dan Parlimen pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008.

“Memang wajar parti yang sudah tidak mempunyai kekuatan dan akarnya tunjangnya sudah dicabut di Pulau Pinang seharusnya menerima hakikat yang sebenar seandainya pihak Pengerusi Barisan Nasional (BN) pusat tidak akan memberi peluang kepada mereka untuk bertanding pada pilihanraya umum ini terpaksa akur dengan keputusan muktamat yang diputuskan,” ujar V.K.Liew lagi.

Katanya kalau parti sudah hilang sokongan majoriti, sekiranya dibagi juga peluang untuk bertanding akan merugikan parti komponen BN sendiri dan secara tidak langsung kerana memberi peluang seluas-luasnya kepada calon-calon parti pembangkang untuk merampas semua kerusi yang ditandingi oleh calon GERAKAN.

“Tidak dinafikan parti GERAKAN di Semenanjung mentah-mentah sudah ditolak oleh rakyat sebagai contoh yang paling dekat, GERAKAN di Pulau Pinang semua kerusi BN yang ditandingi oleh calon-calon BN daripada parti GERAKAN semuanya digondol oleh parti pembangkang yang membabitkan DAP, PAS dan KeAdilan. Kalau menangpun, kerusi BN hanya daripada BN-UMNO sahaja,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment