Thursday 20 October 2011

LEDAKAN ANGKATAN AMANAH MERDEKA MALAYSIA



SUASANA politik negara Malaysia amnya dan negeri Sabah khususnya kini terumbang-ambing akibat pelbagai nada perjuangan yang disajikan oleh para pemimpin politik di negeri ini kepada rakyat Malaysia dengan harapan mereka akan diterimapakai dan disokong oleh rakyat keseluruhan. Sama ada di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang, sama-sama menggunakan padang permainan politik yang sama tetapi cara penyampaian dan penyajiannya sahaja yang berbeza.

Namun dalam semua hal, tidak akan ada perubahan, tidak akan ada hasilnya yang postif selagi selagi kumpulan yang sama, pasukan yang sama akan terus diberi mandate untuk menerajui Putra Jaya. Semua tuntutan dan rayuan hanya boleh ditentukan oleh mereka yang menduduki kerusi di Putra Jaya.

Dalam memulakan perjuangan yang benar-benar tulen, Angkatan Amanah Merdeka Malaysia, dengan mempaksikan perjuangannya kepada amanat yang telah disampaikan oleh Bapa Malaysia, berharap kepada semua rakyat Malaysia di seluruh pelusuk Negara untuk menilai semula perjuangan politik mereka dengan memberi secebis imbasan kepada visi perjuangan AMANAH seperti berikut:

VISI PERJUANGAN ANGKATAN AMANAH MERDEKA MALAYSIA (AMANAH)

Menyedarkan, menginsafkan dan memahatkan semula kesepaduan serta semangat kekeluargaan dan keihklasan jati wujud dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia semasa diperjuangkan kemerdekaan dahulu.

Sekaligus, benar-benar bermula hidup sebagai satu bangsa Malaysia yang adil, saksama, maju dan bahagia berpaksikan ‘Amanat Merdeka Bapa Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra’ serta isi kandungan dan roh perlembagaan Malaysia.

Berukunkan sumpahjanjji ini maka Obor Perjuangan Bangsa Malaysia adalah ‘Amanat Merdeka Bapa Malaysia’ yang berbunyi:

"Jika kita benar-benar mahu hidup sebagai satu keluarga dalam satu rumah bernama Malaysia, maka kita mesti ikhlas antara satu dengan lain Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazandusun, Siam, Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya.

"Jika kita ikhlas maka kita tidak boleh kata apa-apa yang akan menyakitkan hati antara satu sama lain. Kita juga tidak boleh buat apa-apa yang menyusahkan hati orang lain.

"Sebagai ahli keluarga yang ikhlas kita mesti selalu tolong menolong sesama kita. Yang kaya tolong yang miskin. Yang maju tolong yang kurang maju. Dengan cara itu barulah kita akan jadi satu bangsa dan negara yang bersatu padu dan kuat. Semua orang akan bahagia. Barulah Malaysia dihormati oleh dunia."

Bapa Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.

AMANAH dengan sesungguhnya menyedari dan memperakui dan menghormati hak-hak dan kedaulatan Kerajaan negeri-negeri dalam semangat negara Persekutuan sejati serta selaras dengan prinsip demokrasi tulen dan semangat Perlembagaan Malaysia.

Ini bermakna bahawa tuntutan setiap negeri dalam Negara Malaysia yang sudah pasti masing-masing mempunyai harapan dan impian yang unik kepada negeri tersebut dalam menjadi sebahagian daripada negeri dalam satu kerajaan berpersekutuan seperti Malaysia, maka sudah tentulah kita harus kembali kepada amanat MERDEKA yang telah dijanjikan kepada kita semasa pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963. AMANAH mendasarkan perjuangannya kepada amanat dan janji tersebut.

No comments:

Post a Comment