Monday 31 October 2011

LONGKANG TERSUMBAT BIAK NYAMUK



Oleh : CHANG SHAK HUNG

SETELAH jemu menanti jawapan dan kepastian, penduduk Taman Wemin, Batu 6, Sandakan, Lu Ah Tai, telah menghubungi Sabahkini.net untuk membuat aduan berhubung air bertakung di longkang tersumbat akibat rumput panjang yan tidak dipotong Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Menurut Lu, isu ini telahpun diajukan kepada MPS untuk tindakan lanjut tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil menyebabkan mereka mengadu kepada sebuah parti komponen Barisan Nasional di Batu 4, namun turut menghampakan kerana tiada reaksi langsung daripada parti berkenaan.

“Kita bukan tanam ini rumput, tapi dia tumbuh sendiri. Mesti mau kasi bersih kerana longkang tersumbat boleh biak nyamuk. Sungguhpun semburan nyamuk oleh pihak yang berwajib telah dibuat di hadapan rumah, tapi belakang rumah juga mau jaga kerana denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes amat berbahaya,” kata Lu yang mendesak tindakan segera MPS.

No comments:

Post a Comment