Sunday 9 October 2011

MANDAT SOKONG BELANJAWAN TRANFORMASI



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

BELANJAWAN 2012 yang dibentangkan oleh Perdana menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak adalah merupakan satu pembentangan bersejarah kerana pengumuman beberapa intensif kepada keseluruhan rakyat pelbagai kaum terutama mereka yang berpendapatan rendah sama ada berada di bandar termasuklah di luar-luar bandar.

“Pengumuman belanjawan itu paling ketara memberikan kelegaan dan kegembiraan kepada rakyat keseluruhannya kerana ia adalah merupakan belanjawan yang mesra rakyat kerana kesemua sektor menerima impak besar dalam menangani kos sara hidup rakyat,” kata Bendahari Majlis Bertindak Dekelarasi Suara Anak-Anak Daerah Tuaran (MANDAT); Haji Awang Puasa Jambul ketika mengulas belanjawan yang dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan, Jumaat lalu.

Selaku NGO, kata Haji Awang, MANDAT amat menghargai keperhatinan kerajaan terhadap pengumuman beberapa intensif wang tunai serta pemansuhan bayaran persekolahan yang memberikan kegembiraan besar terutamanya kepada ibu bapa yang tentu akan tidak lagi akan dibebani oleh pelbagai yuran di sekolah anak-anak mereka pada tahun hadapan.

"Paling ketara, bermula pada tahun depan, rakyat di negara ini termasuklah di Daerah Tuaran akan menikmati sesi persekolahan secara percuma apabila bayaran yuran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 sekolah menengah akan dimansuhkan; selain pemberian bantuan sebanyak RM500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah,” kata Haji Awang Puasa.

Sehubungan dengan pemansuhan dan pemberian bantuan ini, Haji Awang Puasa berpendapat sebagai satu hadiah yang amat besar ertinya kepada rakyat pelbagai kaum, yang terhutang budi dan akan terus memberikan sokongan dan dokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang memerintah pada ketika ini.

Dengan Pembentangan Belanjawan Mesra Rakyat ini, kata Haji AWang Puasa, dapat membuktikan kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat pelbagai peringkat dalam belanjawan berjumlah RM232.8 bilion itu, yang membabitkan belanja mengurus sebanyak RM181.6 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM51.2 bilion.

"Saya yakin dengan adanya kemampuan dan keupayaan kewangan negara yang diterjemahkan melalui pembentangan bajet mencakupi keperluan dan kepentingan rakyat; akan dapat menanamkan lagi kepercayaan tinggi rakyat pelbagai kaum terhadap keupayaan sebenar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara pada ketika ini," kata Haji Awang Puasa lagi.

Dalam ucapan selama dua jam 10 minit, Datuk Najib turut mengumumkan dasar Tranformasi Nasional (DTN) bagi menaungi Program Tranformarsi yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia bersatu dan maju menjelang tahun 2020.

Haji Awang menyatakan MANDAT amat menyokong belanjawan yang bertemakan ‘Dasar Tranformarsi Nasional: Bajet Membela Rakyat,Mensejahtera Negara’ kerana satu belanjawan pada tahun 2012 yang mengariskan strategi merangsangkan ekonomi sambil menyarankan program inklusif yang peka terhadap keperluan rakyat dalam menangani kos serta hidup yang meningkat.

No comments:

Post a Comment