Tuesday 4 October 2011

MENDUNG SABAH DIHARAP CERAH PADA BAJET 2012



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MEGA mendung yang menabiri Sabah sejak 1994 diharap akan berakhir apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2012 di Parlimen pada 7 Oktober ini yang dipercayai akan merangsang peningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya penambahan peruntukan kebajikan kepada semua golongan miskin, sama ada di bandar ataupun di luar bandar.

"Sebagai rakyat yang mengharapkan kepekaan kerajaan terhadap masalah kos sara hidup penduduk miskin, maka sudah tentu kita ingin agar kerajaan dapat mempertimbangkan penambahan bantuan kepada mereka yang diketegorikan sebagai kurang upaya dengan mewujudkan satu dana khas yang boleh diberikan bagi kepada golongan ini untuk membolehkan mereka menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan sebagainya."

Aktivis Masyarakat yang juga Mantan Ketua Penerangan Umno Bahagian Tuaran; Haji Ghulabdin Enjih yang mengambil berat terhadap pembentangan Bajet 2012 begitu yakin bahawa kerajaan akan menittik beratkan keperluan untuk mengurangkan kos tinggi sara hidup rakyat di negeri Sabah.

Sewajarnya kerajaan pada masa hadapan ini menyediakan peruntukan lebih besar untuk membiayai pelbagai projek yang dapat memberikan kemudahan kepada rakyat luar bandar seperti jalanraya, bekalan air, bekalan eletrik dan lain-lain kemudahan yang diperlukan rakyat tanpa mengira kaum dan anutan politik.

"Saya merasakan beberapa kawasan di negeri Sabah seperti Utara Pitas, Pensiangan, Nabawan, Kinabatangan, Kalabakan, Sebatik dan banyak lagi tempat di luar bandar negeri ini belum menikmati kemudahan asas dan perlu diberikan perhatian dalam Bajet 2012," kata Haji Ghulabdin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB).

Beliau percaya segala keperluan yang amat diharapkan oleh rakyat Sabah telahpun disampaikan kepada kepimpinan negara terutama sekali kepada Perdana Menteri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

"Sepertimana yang kita sedari bahawa Kerajaan BN mampu merealisasikan harapan rakyat, maka kita jangkakan kerajaan akan menyalurkan peruntukan luar biasa kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah luar bandar yang sesetengahnya sudah daif dan usang. Jika ini tidak menjadi keutamaan kerajaan kita khuatir dan bimbang harapan melihat mutu pembelajaran yang lebih baik tidak dapat dijayakan," kata Haji Ghulabdin lagi.

Tegas beliau, selaku Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) St John Tuaran, beliau berharap kemudahan jalur lebar terutamanya di sekolah-sekolah kerajaan di luar bandar perlu dinaik taraf bagi memudahkan pelajar bersaing dalam dunia teknologi maklumat.

“Bagi mengekalkan Sabah sebagai ‘Fixed Deposit’, Bajet 2012 sewajarnya menambah deposit iaitu belanja pembangunan kepada Sabah yang terketinggalan 30 tahun bukan sahaja di belakang Sarawak, malah Perlis,” kata Haji Ghulabdin selaku Setiausaha Majlis Bertindak Deklarasi Suara Anak-Anak Daerah Tuaran (MANDAT).

No comments:

Post a Comment