Wednesday 26 October 2011

MENTERI ‘PELESIT’ WAJAR MELETAKKAN JAWATAN



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menggesa agar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atau lebih sinonim dengan gelaran ‘Menteri Pelesit’ meletakkan jawatan jika masih bermaruah kerana Skandal MARA dan KEMAS yang didedahkan Ketua Audit Negara melibatkan kementeriannya.

Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mencabar Shafie membuktikan bahawa dakwaan Ketua Audit Negara tidak benar dan semua operasi MARA dan KEMAS mengikut akauntabiliti kerajaan.

“Jika selama ini KKLW dan menterinya dianggap sebagai ‘Penjenayah Kolar Putih’ yang dilindungi undang-undang kerana terus melaksanakan projek BELB menggunakan Bateri Asid Plumbum Makanan yang berbahaya untuk kanak-kanak, kini lebih memalukan apabila menjadikan nasib kanak-kanak Tabika KEMAS lebih teruk daripada khinzir yang diternak dikandang,” kata Citra yang kesal kerana kepincangan tadbir urus KKLW menyebabkan agensi di bawahnya melakukan kekejaman moral dan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak.

Selain diberi makanan tidak berkhasiat dan bertaraf ‘sampah’, kata Citra, Kanak-kanak Tabika KEMAS tidak diberi vitamin selama lebih dua tahun, sedangkan khinzir yang diternak di kandang diberikan vitamin yang mencukupi.

Mengikut Laporan Audit 2010, KEMAS tidak membeli Multivitamin pada 2009 kerana silap urus dan peruntukan RM2.77 juta dikembalikan begitu sahaja disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bidang e-bidding.

Tetapi pada 2010, berlaku lagi kesilapan apabila kontraktor dilantik menarik diri kerana kesilapan meletakkan harga serendah RM3.68 juta dan dipersetujui menteri KKLW tanpa sebarang tindakan terhadap pembekal terbabit.

Sehubungan itu Jabatan Audit Negara berpendapat, kegagalan perolehan tender bagi tahun 2009 dan 2010 telah mengakibatkan kesemua kanak-kanak Tabika KEMAS tidak dibekalkan multivitamin dan ini boleh menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat bekalan vitamin bagi pertumbuhan dan perkembangan minda mereka.

“Jika isu perolehan MARA dan KEMAS gagal ditangani Kementerian yang selama ini layak digelar ‘Pembunuh Kanak-Kanak’ (bateri plumbum) maka adalah tidak mustahil isu pembangunan dan projek ‘Top-Up’ mampu dilaksanakan KKLW secara ekonomi, efisyen dan efektif,” kata Citra yang kesal kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menerus melindungi menteri Kabinet BN yang rasuah dan menyalahguna kuasa.

No comments:

Post a Comment