Sunday 23 October 2011

MOU GOMANTONG DENGAN AMG LONJAK EKONOMI



PERJANJIAN...Faisal bersalaman dengan Mervin Cheah pada Majlis MOU sambil disaksikan Ariffen (tengah).

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

INDUSTRI penternakan Burung Walit sejak kebelakangan ini khusus di Sabah amnya di daerah Sandakan yang kian hari kian meningkat dan ramai orang telah menceburi dalam bidang tersebut.

Jika empat tahun lalu orang ramai yang ingin mendapatkan sarang burung di Gua Gumantong memang sukar kerana kerajaan telah membuka tender kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi pengeluar, mahupun pembekal terpaksa menggunakan dana sebanyak RM2 juta hingga RM3 juta.

Dengan kadar sebut harga yang begitu tinggi, peniaga bumiputera sudah semestinya tidak berupaya untuk menyertai tender tersebut sehingga terlepas kepada kapitalis dan langsung tidak memberi peluang kepada kaum bumiputera dalam bidaan tersebut.

Demikian di jelaskan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, Ariffen Hj Asgali ketika berucap di majlis Menandatangani Kontrak Persetujuan (MOU) Antara Gumantong Vison Birds Nest Sdn. Bhd dengan AMG Advance Asset (M) Sdn Bhd yang dilangsungkan di Ballroom Sabah Hotel Sandakan, pagi kelmarin.

Kata Ariffen, burung walit atau disebut sebagai burung layang-layang adalah merupakan spesies anugerah Allah yang tidak perlu dipelihara seperti haiwan lain.

Dengan kaedah terbaru yang menggunakan peralatan teknoloji moden yang dibawa daripada Negara China masuk ke negara ini, ramai rakyat negeri ini khususnya penduduk di Sandakan mempelajari selok belok bagaimana untuk menternak burung walit sehingga membiak begitu banyak dan menghasilkan sarang bermutu tinggi.

“Bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri dan berminat untuk menjadi rakan kongsi untuk menternak burung walit, mereka mempunyai peluang yang luas kerana akan dibantu oleh institusi kewangan seperti Agro Bank Bhd ;yang memberi pinjaman kewangan, khususnya untuk membina sebuah bangunan bernilai RM60,000 hingga RM100,000 dilengkapi dengan alat-alat bunyi suara burung dengan tujuan untuk memanggil burung-burung walit yang berkeliaran di luar sana,” jelas Ariffen.

Mudah-mudahan dengan usaha sama industri ternakan sarang burung walit yang diusahakan oleh kedua-kedua syarikat ini, kata Ariffen akan membuahkan hasil yang lumayan sehingga dapat menarik minat pemilik tanah terbiar untuk menceburi bidang tersebut dan menaikan taraf ekonomi seperti yang disyorkan oleh kerajaan.

SIDANG…...Faisal sedang menjelaskan kepada media berhubung industri sarang burung walit.

Sementara dalam sidang akhbar berkenaan, Pengerusi Gumantong Vision Birds Nest Sdn Bhd, Datu Faisal Datu Bachtial antara lain menjelaskan menceburi perniagaan, khususnya dalam industri ternakan burung walit ini sekadar menyahut seruan kerajaan menggalakkan bumiputera yang mempunyai sedikit kemampuan menceburi bidang perniagaan yang boleh membuah hasil kepada negara dan menjadi tuan punya syarikat sendiri.

Manakala dalam kenyataan berasingan, Ketua Eksekutif AMG Advance Asset (M) Sdn Bhd Anto Ching dan Pengarahnya Mervin Chaeh berkata, syarikatnya memang berminat dalam projek industri ternakan sarang burung walit sehingga sanggup melabur sebanyak RM50 juta sebagai peruntukan pelaburan bagi kos pembiayaan pembinaan 500 buah bangunan di Sandakan untuk ternakan sarang burung tersebut.

Ditanya kenapa syarikatnya berani melabur dengan modal yang agak besar dalam Gumantong Vision, Mervin Cheah berkata, Datuk Faisal adalah merupakan generasi ketiga daripada keluarga yang mempunyai pengalaman selama 25 ahun dalam urusniaga jual beli sarang burung; di samping Faisal mempunyai pengalaman dalam teknologi moden cara-cara memanggil burung layang-layang sehingga berjaya dijinakkan secara semula jadi.

No comments:

Post a Comment