Sunday 16 October 2011

MPS KENAKAN CAJ AIR SESUKA HATI



BUKTI...Hj Samma (duduk kanan sekali) menunjukkan resit pembayaran sewa rumah yang dicampur sekali jumlah caj air.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PERBUATAN pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) terhadap seorang penduduk Taman Mesra, Blok 17, Lot 1A, Tingkat Bawah, Haji Abu Samma Sarabi yang dikenakan caj air dalam tempoh sebulan saja sebanyak RM124.10, sebagai khianat dan tidak logik sama sekali.

“Saya berasa terkejut kenapa MPS mengenakan caj air terlalu tinggi sedangkan kami hanya tinggal 5 orang saja di dalam rumah tersebut. Apa ertinya semuanya ini? Jiran-jiran sebelah hanya dikenakan caj RM6 hingga RM24 sebulan,” dakwa Hj Abu Samma yang mahu melaporkan perkara ini ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis agar mereka yang terlibat diambil tindakan undang-undang.

Kata Haji Abu Samma, beliau tidak boleh berdiam diri atau bertolak ansur kerana perbuatan MPS merupakan satu sabotaj dan penganiayaan kepada beliau sekeluarga. Mereka tidak pernah membaca meter air yang disediakan oleh pihak Jabatan Air dan sesuka hati saja mengenakan caj air.

Hj Abu Samma mendedahkan isu berkenaan dalam satu mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Kebajikan Penghuni Blok 17, Taman Mesra semalam yang di pengerusikan sendiri oleh Shaimon S Jumadi, selaku Ketua Blok 17.

Kata Hj Samma lagi, beliau berharap agar Wakil Rakyat Elopura dan Ahli Parlimen Sandakan prihatin dengan masalah yang mereka hadapi dan menjadi mediator yang berkesan.

Baru-baru ini, kata Hj Sammah, seramai 35 orang Ketua Blok Taman Mesra yang menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Blok Taman Mesra tajaan pejabat ADUN Elopura yang dipengerusikan sendiri oleh Au Kam Wah turut membincangkan isu air.

No comments:

Post a Comment