Tuesday 18 October 2011

PAS KINI BERKUBU DI BATU SAPI



MESRA…..Haji Hamzah sedang beramah mesra dengan penduduk kampung.

Oleh : SITI SALASIAH SALAMUN

SAMBUTAN hangat penduduk Batu Sapi yang tertindas oleh karenah birokrasi Barisan Nasional telah mengundang PAS Batu Sapi turut membantu mereka mengetengahkan pelbagai masalah melalui Ziarah Kemasyarakatan pada 16 Oktober 2011.

Program yang diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah melibatkan tiga buah kampung iaitu di Kampung MPS, Kampung Pisang dan Kampung Lupak Meluas Darat.

Ziarah kali ini turut melibatkan beberapa orang penduduk kampung dan disertai oleh lebih kurang 20 petugas PAS. Lawatan kali ini bermula seawal pukul 9 pagi dan berakhir pada waktu zohor.

Penerimaan penduduk Batu Sapi terhadap Ziarah PAS amat baik kerana mereka terhutang budi kepada PAS yang membela mereka ketika ada pihak yang bertindak di luar peri kemanusiaan mahu meroboh rumah mereka; sedangkan pemimpin UMNO bersembunyi dan membiarkan mereka ditindas.

Dalam ziarah kali ini, Haji Hamzah telah menyantuni golongan muda yang ada di kawasan tersebut sambil berbual mesra dan bertanyakan tentang masalah yang mereka hadapi. Kebanyakan daripada golongan remaja ini adalah pelajar sekolah yang menghabiskan masa hujung minggu bersama rakan-rakan.

Petugas PAS turut menziarahi seorang penduduk kampung yang mengalami sakit angin ahmar. Beliau telah lama menghidap penyakit itu dan tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Petugas PAS turut mengambil kesempatan untuk mendoakan pesakit agar Allah SWT memberikan kesembuhan dan ketabahan kepada seluruh isi rumah agar tabah menghadapi dugaan tersebut. Rombongan juga telah memberikan sumbangan untuk meringankan beban keluarga tersebut.

MUDA…..Haji Hamzah tidak kekok ketika menyantuni golongan muda yang sedang bersantai bersama kawan.

STROKE….Haji Hamzah menziarahi penduduk yang menghidap stroke (angin ahmar)

CENDERAHATI…..Petugas PAS memberikan cenderahati kepada kanak-kanak.

Di Kampung Pisang pula, kebanyakan penduduk di kawasan itu adalah pro kepada Pakatan Rakyat (PR). Apabila menyebut nama Haji Hamzah Abdullah, mereka mendakwa bahawa mereka amat mengenali beliau.

Mereka juga menyatakan sokongan untuk menyokong PR pada pilihanraya akan datang. Hal ini terjadi kerana mereka sudah serik dipermain-mainkan oleh Barisan Nasional (BN).

Begitu juga halnya dengan kawasan Kampung Lupak Meluas Darat. Seramai lebih 15 orang penduduk menyatakan kesediaan untuk menyokong PR pada pilihanraya akan datang.

Walaupun tidak berkesempatan untuk menziarahi semua rumah yang ada di kawasan kampung berkenaan, namun PAS Batu Sapi amat mengharapkan sokongan daripada penduduk tempatan untuk berubah pada pilihanraya akan datang, agar masalah seperti isu tanah dan kependudukan dapat di atasi dengan segera.

“Berubahlah pada pilihanraya akan datang. Sampai bila mahu terus mempertahankan BN yang menzalimi rakyat? Apabila BN menang, keadaan penduduk akan bertambah buruk dan dibiarkan menderita sehinggalah pada pilihanraya 5 tahun lagi. Sanggupkah atau tidak untuk menanggungnya? Berubahlah demi kesejahteraan hidup yang lebih baik’, kata Tuan Haji Hamzah mengakhiri program ziarah kali ini.

No comments:

Post a Comment