Sunday 9 October 2011

PATI RAMPAS SURAU DILINDUNGI POLIS?

CEDERA......Hairol menunjukkan laporan polis yang dibuatnya setelah dicederakan.


Oleh : MOHD HAIKAL HALIM

PATI yang mendapat MyKad Projek, Haji Wahab Nonong semakin bertindak ganas dengan menyerang secara berkumpulan dan bersenjata anak Imam Rawatib, Hairol @ Awang Damit Bin Jimlok; malangnya polis Lahad Datu menganggap kes berkenaan sebagai kes sivil dan melindungi PATI berkenaan dan anak-anaknya.

Hairol yang juga seorang guru dan Setiausaha Jawatankuasa Madrasah Al Gayah Nur Salam di Lamak Bukit, Silam, Lahad Datu Sabah sebelum ini telah menghubungi Sabahkini.net memaklumkan bahawa salah seorang anak Haji Wahab, Abdul Munap, telah menghantar surat amaran dan cacian kepadanya dan disalinkan kepada beberapa pihak, termasuk majikannya.

Tetapi Hairol tidak menyangka Haji Wahab bertindak menyerangnya secara berkumpulan dengan bersenjatakan parang dengan niat untuk membunuhnya, tetapi beliau berjaya melarikan diri setelah dipukul di kepala, tangan, peha dan seluruh badannya.

“Saya tidak sangka mereka bertindak liar dan meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri. Mujur saya tidak kena libasan parang mereka dan hanya kena tumbuk dan sepak terajang mereka ketika dikepung,” kata Hairol yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi setelah membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu.

Menurut Hairol, beliau tidak tahu kenapa Haji Wahab dan anak-anak menyerangnya tetapi mungkin kerana marah ekoran penyiaran VideoKlip bertajuk ‘Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT’ yang disiarkan di Youtube.

“Saya tidak gentar menghadapi mereka secara berseorangan. Tetapi saya kecewa kerana dalam keadaan nyawa saya terancam, Inspektor Zaidi masih membela Haji Wahab dan menuduh saya memfitnah Haji Wahab sebagai PATI; kerana kata Inspektor itu Haji Wahab ada IC,” kata Hairol yang kesal dengan sikap tidak professional Inspektor Zaidi termasuk enggan mengambil tindakan terhadap penyerangnya dan mengubah laporan polis yang dibuatnya agar menjadi kes sivil dan bukannya kes jenayah.

Jika beginilah sikap Polis di Sabah, kata Hairol, akan semakin ramailah PATI bermaharaja lela kerana mereka dibela oleh polis dan penguatkuasa undang-undang; beliau tidak hairan jika jenayah semakin meningkat di Lahad Datu setelah Pegawai MDLD diserang dan terbunuh kerana kecuaian polis yang gagal mengawal keselamatan orang awam.

Menurut Hairol, beliau akan membuat laporan rasmi ke Bukit Aman, terutama ugutan Inspektor Zaidi bahawa beliau boleh dibuang kerja kerana memfitnah Haji Wahab sedangkan beliau bercakap benar dan semua tahu siapa Haji Wahab.

Dalam laporan polisnya bernombor LDU/RPT/8162/11, Hairol pada mulanya melaporkan bahawa beliau diserang dengan senjata dan meminta polis menyiasat, menangkap dan mendakwa Haji Wahab dan anak-anaknya atas kesalahan jenayah; tetapi Polis yang bertugas telah meminda laporannya seperti berikut;

“Pada 08.10.2011, lebih kurang jam 4.00 petang, saya telah diserang oleh dua orang lelaki iaitu Haji Wahab Nonong dan anaknya Mohd San Hj Wahab di Kampung Silam Lamak. Dalam insiden tersebut, saya dapat melarikan diri daripada terus diserang. Kemudian apabila meloloskan diri daripada mereka, saya telah diserang sekali lagi. Malah jumlah yang menyerang saya lebih kurang 3 orang iaitu Hj Wahab Nonong, Mohd Sam Hj Wahab dan Mohd San Hj Wahab dan mungkin lebih. Pak Cik Idris yang bersama saya turut diserang. Dalam masa yang sama, saya dimaklumkan mereka membawa parang. Tujuan buat lapuran untuk tindakan dan rujukan mahkamah.”

Hairol yang cedera di kepala, lengan, badan dan peha menjalani pemeriksa kesihatan di Hospital Besar Lahad Datu setelah membuat laporan polis pada jam enam petang, namun hanya jam 11.30 malam baru selesai memberikan kenyataan kepada polis, sedangkan tiga penyerangnya lepas bebas tanpa sebarang tindakan.

No comments:

Post a Comment