Tuesday 18 October 2011

PEMBANTU PEJABAT RASUAH POLIS BANTUAN



SEORANG pembantu pejabat sebuah syarikat swasta dihukum penjara sehari dan denda RM25,500 oleh Mahkamah Sesyen Tawau, Sabah kelmarin kerana kesalahan memberi suapan kepada seorang anggota polis bantuan pada awal tahun ini.

Sophianshah Ismail, 34, mengaku salah memberi suapan RM5,100 kepada Ak Fazilah Ak Dullah, polis bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Kampung Pasir Putih, Tawau pada Januari lepas.

Suapan itu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahannya memindahkan minyak diesel dari tangki simpanan minyak diesel Pencawang Pembahagi Utama (PPU) SESB Kampung Pasir Putih ke lori tangki.

Hukuman dijatuhi oleh Hakim Dean Wayne Daly, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Tawau, Michael Joimin dan tertuduh membayar denda itu, menurut kenyataan itu. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment