Thursday 13 October 2011

PEMBURUAN JERUNG DI SABAH DIHARAMKAN



MENJELANG awal tahun depan, pemburuan jerung dijangka diharamkan di Sabah, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun Rabu.

Beliau berkata kementeriannya sudahpun menyiapkan kertas kerja untuk melaksanakan pengharaman total ke atas pemburuan segala jenis jerung di negeri ini.

"Permintaan kami adalah mudah. Kami tidak mendesak pengharaman itu meliputi seluruh negara. Hanya di Sabah.

"Kami mahu Akta Perikanan memasukkan satu peruntukan di mana semua bentuk buruan jerung atau perusahaan mendapatkan sirip jerung diharamkan di Sabah," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan kempen kesedaran membanteras buruan jerung untuk tujuan hidangan, 'Say No To Shark Fin Soup' di sini Rabu.

Masidi berkata jerung kebanyakannya terdapat di perairan di luar pantai Tawau, Semporna dan Kudat dan menarik perhatian penyelam dari serata dunia dan industri menyelam menghasilkan pendapatan RM192.5 juta kepada Sabah tahun lepas. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment