Monday 10 October 2011

PENAMBAHBAIKAN PILIHANRAYA, HANYA SATU ILLUSI?



Oleh : DATUK SERI WILFRED MOJILIP BUMBURING

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan khasnya kepada Yang Berhormat Perdana Menteri kerana berani untuk mengambil satu langkah lagi di dalam pembaharuan di dalam negara ini.

Seperti yang sedia maklum, beliau telah memulakan program pembaharuan ini melalui Economic Transformation Program (ETP), selepas itu Government Transformation Program (GTP). Sekarang ini beliau telah melangkah kepada satu kawasan iaitu yang agak sensitif dan sangat menyentuh perasaan iaitu Political Transformation Program (PTP).

Jadi, saya menganggap bahawa beliau ini adalah peka dengan suara rakyat, kalaupun ada pihak-pihak mengatakan bahawa inisiatif ini berhasil daripada tekanan daripada pihak-pihak tertentu untuk mendesak untuk mengadakan satu perubahan. Apa pun, saya kira, kita menghargai tindakan kerajaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli yang telah dilantik di dalam jawatankuasa ini. Saya kira di dalam keputusan kerajaan memilih ahli-ahli jawatankuasa ini pertamanya perkiraan mengenai perwakilan kaum dan juga parti-parti.

Saya mengalu-alukan kesediaan pihak rakan-rakan di barisan pembangkang untuk mengambil bahagian di dalam jawatankuasa ini dan memberikan contribution yang positif. Kita berharap apabila nanti dapatan ataupun cadangan jawatankuasa ini, kita terima kesemuanya untuk membolehkan kita berjalan terus untuk mengamalkan dan mempraktikkan sistem demokrasi di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya ingin lihat ialah supaya jawatankuasa ini berfungsi seperti jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen yang lain. Seperti Public Hearing Committee dan juga jawatankuasa-jawatankuasa yang lain di mana ahli-ahli jawatankuasa berfungsi sebagai suatu jawatankuasa.

Tidak ada apabila jawatankuasa ini bermesyuarat, maka perasaan belah bagi di antara pembangkang dan kerajaan itu tidak lagi wujud. Seperti yang kita dapat, saya salah seorang daripada Ahli Public Accounts Committee, apabila kita bermesyuarat, semua ahli itu bersuara sebagai satu nada.

Apabila kita berdepan dengan satu isu atau satu perkara yang dibawa ke depan pertimbangan kita, maka kita ini memberikan komen secara satu pasukan. Saya berharap jawatankuasa ini juga berfungsi sedemikian.

Walaupun di dalam kes jawatankuasa pilihan khas ini saya kira perkara-perkara yang dibawa itu agak divisive dan kadang-kadang memerlukan satu pendekatan give and take, toleransi antara satu sama lain.

Tuan Yang di-Pertua, yang penting ialah juga semua stakeholders sistem politik kita di Malaysia ini harus diberi peluang untuk didengar terutamanya ialah parti-parti politik. Parti itu sudah cukup, the stakeholders are not only among the political parties in Malaysia, tetapi juga ia merangkumi dengan NGOs iaitu kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan dalam sistem politik seperti persatuan-persatuan ini. Mereka ini harus diberi peluang untuk bergerak.

Walaupun mereka tidak diberi peluang, mendapat peluang untuk menghantar perwakilan untuk mendengar secara peribadi di hadapan jawatankuasa ini, tetapi saya kira submission yang penting ialah semua submission yang disampaikan harus diambil kira secara serius.

Ini kerana saya berpendapat dan percaya bahawa mereka yang menghantar pendapat dan juga submission kepada jawatankuasa ini adalah serius dan memerlukan pendengaran yang serius daripada jawatankuasa.

Saya juga bersetuju dan berpendapat jabatan-jabatan yang berkenaan apabila dipanggil oleh jawatankuasa ini harus tampil ke hadapan. Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan sebagainya harus diberi kebebasan untuk hadir, bukan seperti dahulu dalam Jawatankuasa Integriti, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak hadir. Jadi, itulah menyebabkan jawatankuasa itu tidak berfungsi secara efektif.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya ringkas sahaja. Saya ingin menyentuh tentang konteks di Sabah. Apabila kita menyentuh tentang sistem pilihan raya, kita juga tidak lari daripada mengenai dengan senarai pilihan raya. Di Sabah ini kita tahu iaitu kehadiran pendatang tanpa izin yang begitu ramai sekali. Saya tidak perlu ulang apa yang telah disiarkan dan ternyata dalam banyak publication dan juga laporan dan sebagainya mengenai dengan kehadiran pendatang tanpa izin ini.

Kita tidak boleh nafikan Tuan Yang di-Pertua. Saya kira ini tidak boleh dinafikan pada mereka ini. Kalau dahulu kita beli sayur, kita lihat penjual sayur tempatan tetapi sekarang ini kita beli sayur, kita beli ikan, kita semua lihat ramai daripada mereka ini terdiri daripada mereka yang baru datang ke Sabah.

Ini tidak juga dapat dinafikan bahawa ramai mereka ini telah masuk ke dalam ‘blacken roll’ di Sabah. We cannot deny this Tuan Yang di-Pertua. I would like to challenge anybody to deny this.

Baru-baru ini Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri datang ke Sabah dan mengatakan sekali lagi bahawa tidak ada IC diberikan kepada PTI. Saya berpendapat bahawa beliau ini tidak berkata benar, deny or ignorance and I repeat here in Parliament.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga tahun lalu telah menghantarkan satu memorandum kepada Menteri Dalam Negeri. Apabila saya dimohon oleh Menteri berkenaan untuk menyampaikan kalau ada bukti, saya sudah sampaikan. Malangnya pada hari ini sudah sampai setahun, saya belum mendapat apa-apa feedback daripada kementerian. Saya tidak perlulah ulang lagi apa yang telah disampaikan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal pembersihan senarai pengundi ini, saya juga bersetuju bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ini tidak boleh dipersalahkan oleh sebab individu yang dating untuk mendaftar sebagai pengundi ini datang dengan kad pengenalan mereka dan Suruhanjaya Pilihan Raya ini tidak mempunyai – they know the position to certify whether the IC that they brought, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, is generally known. They just register them on the surface daripada dokumen yang they brought. So…

Tuan Yang di-Pertua,

Saya ulang lagi bahawa dalam soal pembersihan ataupun pengemaskinian senarai pengundi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya ini tidak boleh dipersalahkan. Ini kerana apabila seseorang individu datang untuk mendaftar, mereka datang dengan dokumen, IC dan sebagainya.

Jadi, suruhanjaya ini tidak mempunyai cara untuk certify. They take the registration dengan izin, on the surface document that they brought, so kita tidak boleh mempersalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Oleh itu di dalam fungsi jawatankuasa ini Tuan Yang di-Pertua, apabila nanti ada submission ataupun keterangan yang disampaikan, saya berharap jawatankuasa ini mengambil kira perkara ini secara serius. Kalau tidak, dapatan ataupun rumusan jawatankuasa ini nanti tidak mendapat penghormatan daripada rakyat jelata.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengundur diri, saya singkat sahaja ini. Saya menyentuh satu dua perkara. Pertamanya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya mengehendaki rakyat Malaysia ini mendaftar diri sebagai pengundi di tempat di mana alamat dalam kad pengenalannya itu.

Jadi memanglah saya memahami secara rasionalnya, tetapi kita lupa bahawa sekarang ini rakyat Malaysia ini mobile di seluruh Malaysia. Orang Sabah ini berhijrah ke Semenanjung bekerja, orang Semenanjung datang ke Sabah bekerja.

Akan tetapi, kalau setiap kali rakyat atau individu itu berpindah dan terpaksa ke Jabatan Pendaftaran mengubah alamat IC itu, apabila dia sudah habis; Contohnya seorang guru daripada Kelantan mengajar di Sabah, dia mengundi di Sabah, dia terpaksa ubah alamat IC itu.

Apabila habis tempoh tugasan beliau, beliau terpaksa balik ke negeri asalnya, beliau terpaksa mengubah lagi alamat dalam IC. Saya ditemui oleh beberapa rakan-rakan yang mendapat IC di Semenanjung, orang Sabah Yang Berhormat. Dia balik ke Sabah, dia mahu mengundi di Sabah tetapi ICnya tidak membolehkan dia mengundi di tempat sendiri.

Jadi, saya cadangkan di sini bahawa tidak perlulah mengubah alamat dalam IC ini, means minta temporary address daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Sekarang ini hendak diubah sebab ini melibatkan kos. Our people’s dengan izin Tuan Yang di-Pertua are mobile.

Why do not you take this situation, our people working around in research work, pekerjaan dan sebagainya. Jadi, kita ambil kira dan saya harap ini untuk Suruhanjaya Pilihan Raya. Kita ambil kira perkara ini.

Satu lagi saya ingin menyentuh sebelum saya mengakhiri Tuan Yang di-Pertua ialah dua perkara yang sedang hebat diperbahaskan iaitu sistem bagaimana untuk memastikan tidak ada individu atau pengundi yang mengundi dua kali, tiga kali. Ini antara sistem biometrik dengan ink kekal. Sistem biometrik ini bukan tidak bagus tetapi di kawasan luar bandar ini.

Tuan Yang di Pertua,

Pertamanya kita perlu mendapat connection daripada internet. Di Sabah ini penembusan jalur lebarnya hanya setakat 26%. Apa jadi dengan polling station yang dulu-dulu ini? They have no connection to the internet. Kedua, tidak ada elektrik. Di Sabah ini satu program yang paling digemari atau yang terkenal ialah blackout, elektrik mati. Ini sudah biasalah.

Jadi, kalau dalam satu polling station itu kita pakai biometrik, apabila elektrik mati, bagaimana? Kita boleh undi? So, itu ia punya faktor. Jadi yang simple ini ada ink. Saya setuju dengan ink ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya dimaklumkan di Sabah ini ramai daripada mereka ini – saya tahu ini daripada PTI, ramai daripada mereka ini ada dua, tiga kad pengenalan. Sebagai contoh, saya mendapat kiriman satu gambar ini, orang Sabah ditangkap dalam perhimpunan Bersih baru-baru ini, dia ada dua kad pengenalan.

How does this happen? Dia mengatakan kepada pihak polis dia ada tiga kad pengenalan, dia hanya dapat bawa dua sahaja. This is only the tip of the iceberg, you have to settle this.

Jadi, saya bersetuju kalau boleh sebab kita tidak ada masa Tuan Yang di-Pertua. Only six months. Tidak akanlah sahabat ini mendapat 100% tembusan dalam enam bulan ini.

Impossible. So, we have to go to the most convenient dan itu senang sahaja. Orang kahwin pun ada ink juga bukan. Sampai satu minggu tidak hilang, sudah kahwin sudah. Jadi, dalam pemilihan pun kita gunakan ink, simple sahaja.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah larangan kepada pegawai kerajaan melibatkan diri dalam politik. Saya sebagai Timbalan Presiden parti saya UPKO, mendapat teguran daripada jabatan-jabatan bahawasanya ini ‘Pegawai kamu tidak boleh campur tangan dalam politik kerana dia ini Division I’.

Dia suruh pilih terus berpolitik ataupun terus kerja. Akan tetapi ada juga partiparti politik di mana super scale pun memegang jawatan dalam parti. Jadi, kerajaan harus consistent dalam perkara ini.

Saya lihat ada pros and cons Tuan Yang di-Pertua. Kalau pegawai itu rasional, dia boleh membahagikan antara dua tugas sebagai ahli politik dengan sebagai pegawai kerajaan itu, okey.

Akan tetapi, ada juga kes-kes ini, pembaca meter elektrik pun ramai, pembaca meter air. Apabila ada perhimpunan parti dia hilang dari kawasan, satu bulan. Jadi, orang tidak dapat membaca bilnya.

Sekarang ini ada dua dasar kerajaan iaitu bil RM20 ke bawah itu tidak perlu membayarnya bukan. Free. Akan tetapi kalau dibaca sekali tiga bulan, sudah RM60. Terpaksa bayar juga. Salah siapa? Pembaca meter yang tidak datang? Ini disebabkan dia sibuk dengan karier politiknya. Jadi, ia menjejaskan juga dasar kerajaan.

Saya juga difahamkan, betul atau tidak betul saya tidak tahulah. Pegawai daripada Jabatan Penerangan ini diminta, dimestikan untuk mengambil keahlian parti. Saya minta standard daripada Yang Berhormat Menteri yang berkenaanlah.

Saya difahamkan bahawa setiap pegawai kanan jabatan ini mesti mengambil keahlian parti. Rahsianya saya tidak tahu. Akan tetapi, maksud saya ini ialah kerajaan harus be consistent. Boleh atau tidak boleh, ini harus di apply to everybody balik.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingat penubuhan ini straight forward. Jadi,... banyak-banyak cakap, dalam hal ini saya sekali lagi ingin berterima kasih kepada kerajaan dan Saya Menyokong Sepenuhnya Penubuhan Jawatankuasa Ini. Terima Kasih.

(Ucapan Penuh Datuk Wilfred Mojilip Bumburing Ke Atas Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihanraya Pada 3 Oktober 2011 Semasa Sidang Dewan Rakyat Membahas Usul Tersebut.)

No comments:

Post a Comment