Tuesday 11 October 2011

PENDUDUK KG SUNDANG MENYOKONG PAS



MESRA…Haji Hamzah Abdullah beramah mesra dengan seorang penduduk kampung.

Oleh : SALASIAH SALAMUN

YANG DiPertua PAS Kawasan Batu Sapi, Haji Hamzah Abdullah, sekali lagi telah turun menziarahi penduduk di Kampung Sundang, Batu Sapi Sandakan seawal jam lapan pagi bersama-sama dengan petugas PAS seramai 30 orang.

Selain membuat lawatan dan beramah mesra dengan penduduk kampung, petugas turut memberikan cenderahati khusus untuk kanak-kanak seperti coklat dan biskut.

Pada program kali ini, petugas dibahagikan kepada dua kumpulan besar kerana kampung ini terbahagi kepada dua iaitu Kampung Sundang Laut dan Darat.

Keberadaan Haji Hamzah di kampung ini disambut dengan baik dan ramah oleh penduduk kampung. Bagi mereka, beliau bukanlah orang asing di kawasan tersebut kerana beliau sering turun dan mendengar masalah mereka.

Haji Hamzah berkata, program yang baik ini harus diteruskan dari semasa ke semasa kerana melalui cara ini PAS akan dapat menyelami kehidupan penduduk dan mendengar masalah yang yang dihadapi mereka.

ZIARAH….Petugas PAS menziarahi rumah penduduk kampung.

GAMBAR….Petugas PAS bergambar bersama-sama dengan kanak-kanak di Kampung Sundang.

Penduduk mendakwa bahawa tidak ada seorang pun wakil rakyat BN yang turun padang menjenguk mereka atau membuat lawatan serta bertanyakan khabar mereka. Disebabkan itu, mereka tidak tahu mahu merujuk kepada siapa, jika ada masalah yang berlaku. Keberadaan petugas PAS ke kawasan mereka merupakan sesuatu yang dinantikan.

Penduduk juga memberitahu bahawa mereka sudah naik muak dengan janji kosong pemimpin BN di kawasan mereka itu dan berikrar akan bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Program ini merupakan program lanjutan daripada beberapa siri program lawatan yang dirancang oleh PAS Kawasan Batu Sapi. Program berakhir pada pukul 10.30 pagi.

No comments:

Post a Comment