Tuesday 25 October 2011

PENDUDUK TABAH BARU SUKA PEMBANGKANG


Oleh : KRANGKANG BATRUSI

KUNJUNGAN Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Haji Hamzah Abdullah bersama jenteranya sentiasa dinantikan oleh penduduk kampung di seluruh Parlimen Batu Sapi. Mana tidaknya, setiap kampung yang dilawati beliau dan PAS Batu Sapi, akan mendapat durian runtuh sebaik sahaja sesi lawatan tamat. Ia bukan datang daripada PAS, tetapi daripada Barisan Nasional.

Mungkin terasa diancam dengan kehadiran PAS, BN mengerahkan jenteranya untuk turun ke setiap kawasan yang sudah dilawati oleh PAS. Kehadiran BN bukan dengan tangan kosong, tetapi dengan habuan berupa zink, tangki biru, wang ringgit dan pelbagai lagi. Begitulah senario yang berlaku di beberapa kampung seperti Kg Lupak Meluas Laut dan Kg Sundang.

“Kalau pembangkang tidak masuk ke kampung kami, ndakla (tidaklah) kami boleh dapat peruntukan (bantuan) daripada BN. Mau (mahu) tengok batang hidung diorang (mereka) pun susah,” kata seorang penduduk di Kg Sundang.

Justeru, kehadiran PAS di Kg Tabah Baru kali ini amat dinantikan oleh penduduk. Apabila melihat kelibat jentera PAS mula memasuki Kg Tabah Baru, beberapa orang anak muda berteriak, “Hidup PAS” sambil meraikan kedatangan PAS untuk memberi penerangan dan melihat kesusahan rakyat, bukan sekadar meraih undi kerana niat kunjungan PAS hanya kerana Allah.

“Kita (PAS) memiliki kemampuan yang terhad untuk membantu penduduk kampung. Tapi kita boleh menjadi pendesak kepada pihak kerajaan untuk membantu rakyat. Buktinya, apabila kita masuk ke sesebuah kampung, mereka akan mendapat perhatian BN selepas kita keluar dari kampung berkenaan,” kata Haji Hamzah yang memberi jaminan PAS akan terus membela rakyat tertindas, khususnya berkaitan dengan isu tanah.

PAS, kata Haji Hamzah akan terus memberikan kefahaman kepada rakyat dan cuba membawa politik baru kepada rakyat. Bukan cara PAS menawarkan kebendaan bagi meraih undi, tapi PAS punya strategi sendiri dengan memberi kefahaman kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment