Tuesday 11 October 2011

PENGERUSI JKKK KG BAKONG-BAKONG TIDAK SAH?




BUKTI...Roslan menunjukkan surat dan borang pencalonan Pengerusi JKKK yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Beluran.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

MESYUARAT Agung Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi sesi 2011/2013 Kampung Bakong-Bakong, Beluran yang diadakan kediaman Ketua Kampung baru-baru ini dianggap tidak sah.

Mesyuarat yang telah menimbulkan pelbagai kontraversi di kalangan penduduk setempat yang tidak puas hati dengan sistem perjalanan mesyuarat tersebut; yang dikendalikan oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Labuk, Rahaman Kangkawan didakwa sebagai satu ‘sabotaj’ dan mengelirukan penduduk kampung.

Mengikut prosedur yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Daerah Beluran, setiap orang yang dicalonkan untuk menjawat jawatan Pengerusi JKKK mereka mestilah mempunyai kelulusan akademik sekurang-sekurangnya, Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau setaraf dengannya.

Dalam pencalonan pemilihan Pengerusi JKKK kampung berkenaan, seorang penduduk yang dikenali Tawaoh bin Angau (630702-12-5841) yang mengemukakan borang pencalonannya hanya berkelulusan darjah enam sahaja, sekaligus bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Bularan.

Demikian antara alasan yang dinyatakan sendiri oleh seorang penduduk, Roslan Salleh (671008-12-5295) dalam satu temuramah khas dengan Wartawan Kanan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan, kelmarin.

TEMUBUAL....Roslan sedang ditemubual oleh Wartawan Kanan Sabahkini.Net berhubung dengan kes Pengerusi JKKK Kg Bakong-Bakong tidak sah.

Roslan yang berkelulusan Sarjana Pengurusan Pendidikan dari Universiti Malaysia Sabah (USM) yang bertugas sebagai Guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah) di Kampung Botitioun, Beluran turut merebut jawatan tersebut.

Dalam perebutan jawatan tersebut kata Roslan, hanya dua orang sahaja yang mengemukakan kertas (borang) pencalonan untuk jawatan Pengerusi JKKK iaitu beliau dan Tawaoh Angau.

Tetapi kata Roslan, beliau kecewa kenapa Tawaoh yang hanya berkelulusan darjah enam masih layak untuk bertanding sedangkan prosedur yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah syaratnya mestilah SRP atau setaraf.

“Disebabkan sistem perjalanan mesyuarat yang dikendalikan sendiri oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Labuk, Rahaman Kangkawang tidak betul dan tidak mengikut peraturan; di samping ada unsur-unsur sabotaj dan penipuan dalam pemilihan tersebut, maka saya membantah sekeras-kerasnya ketika itu, tetapi malangnya bantahan saya langsung tidak diendahkan,” dakwa Roslan lagi.

Kata Roslan, mesyuarat tersebut diteruskan juga walaupun mendapat bantahan keras lebih daripada 60 peratus penduduk kampung yang tidak setuju, namun atas kuasa mutlak Pemimpin Kemajuan Rakyat Labuk yang mendalangi penipuan dan membenarkan mesyuarat dijalankan.

“Akhirnya Tawaoh Angau telah diisytiharkan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi JKKK bagi tempoh dua tahun,” jelas Roslan yang kesal terhadap tingkah laku Rahaman sebagai seorang pemimpin yang dihormati, tetapi terlibat secara langsung dalam komplot membelakangi peraturan tersebut.

MESYUARAT.....Tawaoh (bersongkok tiga dari kanan) sedang menghadiri mesyuarat JKKK.

Kata Roslan lagi, sepatutnya Majlis Daerah Beluran tidak perlu memberikan syarat-syarat tertentu seperti yang tercatat dalam borang pencalonan yang menyebut calon Pengerusi JKKK mesti lulus Tingkatan 3.

“Jika tidak, lebih baik lantik sesiapa sahaja menjadi Pengerusi JKKK asal boleh membaca dan menulis. Jadi tidak ada siapa yang mahu pertikaikan lagi,” kata Roslan yang memaklumkan bahawa sejak 40 tahun lalu, 90 peratus jawatan Pengerusi JKKK dilantik oleh ADUN, tanpa mempedulikan sama ada orang itu berkelayakan ataupun sebaliknya kerana penyokong kuat ADUN berkenaan.

Namun tanya Roslan, kenapa Majlis Daerah Beluran memandai-mandai meletakkan syarat-syarat sedemikian rupa, tetapi perlantikan dibuat tidak mematuhi syarat yang ditetapkan?

“Terus terang saya nyatakan di sini, biar orang seluruh Malaysia tahu termasuk di Sabah, khususnya warga Beluran bahawa mesyuarat pemilihan Pengerusi JKKK Kampung Bakong-Bakong tidak sah dan kemenangan Tawaoh Angau sebagai pengerusi terbatal kerana beliau hanya berkelulusan darjah enam,” tegas Roslan lagi seraya mendesak pemilihan diadakan semula.

1 comment: