Saturday 8 October 2011

PERNIAGAAN RESTORAN KURANGKAN PENGANGGURAN



LAWAT ....Datin Seri Faridah ditemani oleh Sitti Rodziah melawat gerai Medan Selera Restoran.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SEJAK kebelakangan ini, kita sudah banyak mendengar tentang kewujudan restoran dan penyedia makanan yang boleh diibaratkan sebagai cendawan tumbuh di musim hujan.

Kita sememangnya amat gembira dengan perkembangan seperti ini memandangkan ia secara tidak langsung akan menggalakan rakyat kita menceburi dalam bidang perniagaan seumpama ini.

“Perkembangan ini dapat mengurangkan masalah pengangguran di kalangan generasi muda, lantas itu saya amat menggalakkan anak-anak supaya terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan ini kerana turut menjanjikan dan menjamin kehidupan mereka di masa depan yang cukup baik.”

Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Hajah Faridah Hj Tusin berkata demikian ketika menyempurnakan pembukaan Restoran Medan Selera Taman Tun Razak, Sandakan kelmarin.

“Sekiranya ini dapat dijadikan pegangan serta panduan oleh para pengusaha makanan kita terutamanya di kalangan pengusaha bumiputera Islam, saya yakin bahawa perniagaan yang mereka jalankan akan meningkat maju serta memperoleh keuntungan yang berlipat ganda kerana keberkatan dan ibadah bagi mencari keredhaan Allah SWT,” ujar Faridah.

Kata Faridah lagi, peluang untuk para pengusaha makanan halal dan bersih di negeri ini termasuk di Sandakan memandangkan permintaan bagi makanan halal pada masa ini sangat tinggi dan paling penting ia turut menjadi antara ajenda kerajaan dalam mempromosikan negara kita sebagai hab makanan halal.

“Saya berharap agar para pengusaha makanan di Sandakan ini khasnya negeri Sabah amnya dapat merebut peluang yang telah disediakan oleh kerajaan ini untuk mempromosikan pelbagai jenis makanan halal yang terdapat di negeri ini dan termasuklah makanan tempatan kita yang juga boleh diketengahkan kepada masyarakat dalam dan luar,” ujarnya.

Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri lebih 150 orang jumpatan termasuk ADUN Gum-Gum Datuk Hj Zakariah Hj Idris, ADUN Elopura Au Kam Wah, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk James Wong, Datuk Hj Awang Sham Awang Amit Pengerusi SEDCO serta pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

No comments:

Post a Comment