Tuesday 11 October 2011

PERUNTUKAN KERAJAAN PERLU PELAKSANAAN TERBAIK



DIKENANG...Azizah menyampaikan sijil penghargaan kepada warga emas yang dilahirkan sebelum negara mencapai kemerdekaan sempena majlis Raya Merdeka di Kg Halogilat, Beaufort.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

NIAT baik kerajaan yang menyalurkan pelbagai peruntukan bagi memenuhi keperluan rakyat di negara ini mestilah diterjemahkan dalam pelaksanaan yang terbaik.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan agar kontraktor melaksanakan semua projek kerajaan dengan baik agar rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya.

“Yang diberi tanggungjawab melaksanakan projek-projek ini adalah kontraktor-kontraktor yang diberikan projek berjuta-juta oleh kerajaan. Mereka mestilah melaksanakanya dengan terbaik supaya manfaatnya sampai kepada rakyat.

“Kita tidak mahu diperingkat kerajaan sudah diwartakan dan memberi kelulusan tetapi apabila sampai kepada pelaksana ianya tidak menepati seperti apa yang diharapkaj oleh rakyat. Jadi kita mahu semuanya selaras dari pada atas ke bawah.

“Juteru itu, saya ingin mengingatkan kepada semua kontraktor sama ada yang besar ataupun kecil, kepada yang membuat projek berjuta-juta atau projek berpuluh ribu sahaja; laksanakanlah sebaik mungkin, semoga rezeki kamu akan bertambah,” katanya kepada media selepas merasmikan program Raya Merdeka di Kg Halogilat, Beaufort, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober lalu di Dewan Rakyat.

KERETAPI....Azizah meniaki keretapi ketika menghadiri Majlis Raya Merdeka di Kg Halogilat, Beaufort.

Azizah yang juga Adun Klias belanjawan negara kali ini amat berlainan kerana Najib memberi penekanan terhadap pelan tranformasi secara menyeluruh.

“Najib menekankan tentang tranformasi dan beliau bukan sahaja memberi penekanan terhadap tranformasi kerajaan dan politik tetapi beliau juga memberi perhatian kepada tranformasi kepada semua rakyat. Jadi kalau rakyat mahu ditranformasikan tentulah kerajaan yang memulakannya,” katanya.

Beliau berkata Bajet 2012 adalah bajet yang begitu besar maknanya kepada rakyat kerana tidak ada satu rakyat atau golongan yang tertinggal dan ianya selaras dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian di utamakan dalam Gagasan 1 Malaysia.

“Semua diambil kira, yang mana orang tua, lelaki, wanita, kanak-kanak, pelajar, pesara, pegawai kerajaan dan golongan peniaga seperti pengusaha teksi dan lain-lain.

“Jadi saya melihat ini adalah sesuatu yang memang berbeza. Ini juga sesuatu kejutan yang manis dan indah bagi rakyat khususnya ibu bapa dan pelajar di mana semua yuran sekolah telah dimansuhkan dan rata-rata dinikmati oleh semua golongan masyarakat tidak kira orang kaya, dan miskin, sama ada yang tinggal di bandar atau luar bandar.

SALAM.. Azizah bersalaman dengan penduduk usia emas Kg Halogilat, Beaufort.

Begitu juga apabila setiap pelajar menerima RM100, tidak mengira samada yang miskin atau yang kaya; cuma terpulanglah kepada mereka yang mampu samada menolak atau menerima bantuan 0ne-Off itu,” katanya sambil menyifatkan Konsep 1 Malaysia benar-benar dilaksanakan.

Azizah berkata, rakyat negeri ini seharusnya bergembira kerana mendapat perhatian kerajaan dengan pemberian peruntukan khas yang banyak bagi Sabah dan Sarawak.

“Apa lagi yang kita tidak gembira di negeri Sabah ini? Bagi mereka yang masih memerlukan air dan bekalan elektrik, kerajaan memberikan peruntukan khas yang begitu banyak untuk Sabah dan Sarawak. Begitu untuk menaiktaraf dan membina jalan raya. Saya bersyukur kerana usaha kita sebagai wakil rakyat yang membawa suara rakyat didengar oleh pemimpin dan diberikan hadiah dalam Bajet 2012 ini,” katanya.

Pada majlis itu Azizah menyampaikan sijil penghargaan kepada sepuluh penduduk usia emas yang dilahirkan sebelum merdeka sebagai mengenang jasa pejuang terdahulu.

No comments:

Post a Comment