Friday 14 October 2011

PGM HALANG SELUDUP 5,000 BIJI TELUR PENYU



PASUKAN Gerakan Marin (PGM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 5,000 biji telur penyu ke daerah ini selepas menahan sebuah bot di perairan Kampung Forest dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata Khamis, telur penyu itu diseludup masuk dari negara jiran dan nilai keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM8,000

Katanya, tiada tangkapan dilakukan selepas juragan bot itu melarikan diri ketika hendak diperiksa oleh anggota polis marin yang melakukan pemantauan di kawasan perairan itu pada 11.30 malam.

Telur penyu yang dirampas itu dipercayai hendak dijual secara haram di kawasan bandar Sandakan.

Mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997, memiliki atau menjual telur penyu di Sabah merupakan satu kesalahan.

"Penyeludupan dan penjualan telur penyu secara haram di sini masih berlaku disebabkan terdapatnya permintaan tempatan," kata Fadzil. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment