Sunday 30 October 2011

PILIH PARTI BOLEH MENANG, BUKAN CALON



TIMBALAN Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Senator Datuk Chin Su Phin mencadangkan Barisan Nasional (BN) Sabah bukan sahaja memilih calon yang boleh menang tetapi juga parti yang boleh menang dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya berani katakan bahawa LDP ialah parti yang boleh menang dan kami juga mempunyai calon-calon yang boleh menang.

"Kami telah bersama-sama dengan BN dan juga Umno semasa BN adalah pembangkang di Sabah dan kami sama-sama berjuang dan akhirnya berjaya membentuk kerajaan negeri pada 1994," katanya semasa merasmikan Kongres Pemuda dan Wanita LDP di sini Sabtu.

Chin berkata LDP menyokong penuh strategi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan calon yang boleh menang.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan untuk di Sabah, BN perlu memilih calon yang boleh menang dan juga parti yang boleh menang dalam komponen BN bagi memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang.

Chin juga berkata LPD akan terus menyuarakan isu-isu penting yang dihadapi rakyat dan akan berjuang demi kebenaran dan kepentingan rakyat. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment