Wednesday 19 October 2011

PROGRAM ZIARAH PEMUDA MERUNTUN HATI



IKHLAS…Jamawi ketika menyampaikan sumbangan ikhlas Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia kepada anak Allahyarham Datuk Ahmad Jais semasa kunjungan rombongan ke kediaman mereka di Shah Alam.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

BIRO KEBUDAYAAN dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang diketuai oleh Pengerusinya, Jamawi Jaafar bersama Ahli Jawatankuasa Biro dan beberapa orang seniman pagi kemarin turut meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, di rumah keluarga allahyarham di Shah Alam Selangor.

Allahyarham Ahmad Jais yang meninggal dunia pada 11 Oktober lepas di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam. Beliau yang dimasukkan ke hospital berkenaan pada 1 Oktober lalu akibat sesak nafas. Jenazah Allahyarham yang disembahyang di Masjid Negeri Shah Alam telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.

Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia semasa ditemui selepas melakukan program Ziarah Pergerakan Pemuda ini berkata, kunjungan tersebut selain menunjukkan perasaan simpati kepada keluarga Allahyarham ianya juga merupakan satu penghormatan dari Pergerakan Pemuda Umno betapa negara telah kehilangan seorang seniman rakyat dalam mengisi persada seni hiburan tanah air.

“Pemergian Allahyarham Datuk Ahmad Jais merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua, terutamanya dalam persada hiburan tanah air kerana Allahyarham yang kita kenali dengan kemerduan suaranya sukar kita cari ganti,” katanya.

IKHLAS…Jamawi ketika menyampaikan sumbangan dari Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia kepada Azean Erdawati semasa kunjungan tersebut.

KHABAR…. Jamawi bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri Suffin Awang bertanya khabar kepada Azean Irdawati semasa kunjungan tersebut.

ROMBONGAN…Rombongan Biro Kebudayaan dan Ksenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang diketuai oleh Pengerusinya, Jamawi Jaafar menaiki bas semasa melakukan program ziarah tersebut.

Menurut Jamawi, sebagai insan seni, jasa serta pengorbanan Allahyarham perlu dihargai dan dikenang, terutamanya generasi muda, khususnya penyanyi muda yang baru menempah nama dalam industri hiburan tanah air.

Selepas melakukan ziarah di rumah keluarga Allahyarham Datuk Ahmad Jais, rombongan Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno juga berpeluang menziarahi seorang lagi artis, Biduanita Negara, Azean Erdawati yang sedang sakit dan di rawat di Hospital Beacon, Petaling Jaya.

Semasa kunjungan ini, Jamawi turut menyampaikan kata semangat kepada artis yang lebih dikenali dengan artis air mata ini agar tabah menghadapi ujian tuhan dan medoakan Azean yang lebih arkab dengan panggilan ‘Kak Yan’ sembuh segera daripada sakit yang dialaminya.

Kunjungan yang turut disertai oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Suffian Awang dan turut menyampaikan sumbangan Kewangan Dari Biro Kebudayaan dan Kesenian, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

No comments:

Post a Comment