Saturday 1 October 2011

PRUDENTIAL CATAT PERTUMBUHAN 24 %



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

PRUDENTIAL Assurance Malaysia Sdn Bhd (PAMB) ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1924. Bagi tahun kewangan berakhir 2010, ia telah mencatatkan RM1.021 billion kesetaraan premium tahunan perniagaan baru (APE) bersamaan dengan pertumbuhan sebanyak 24% peratus berbanding pada tahun 2009.

APE pernigaan baru ini merangkumi sumbangan Takaful dan jualan Insurans Hayat, Produk Takaful yang diedarkan oleh PAMB adalah ditaja oleh Prudential BSN Takaful Berhad.

Ketua Pegawai Eksecutif (CEO) Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) Charlie Oropeza menyatakan demikian ketika memberikan ucapan alu-aluannya di majlis pelancaran pemindahan pejabat barunya di Bandar Prime, Batu 4, Jalan Utara, Sandakan, baru-baru ini.

Charlie berkata, sebagai sebuah syarikat insurans peneraju yang inovatif, PAMB memenui keperluan simpanan perlindungan dan pelaburan rakyat Malaysia dengan menyediakan segala penyelesaian kewangan menerusi 41 cawangannya di seluruh negara.

Dengan sokongan rakyat, kata Charlie, lebih 1,000 ribu kakitangan dan 12,000 ribu agen dan Perancang Kewangan berazam untuk membantu orang ramai memenuhi harapan dan impian masing-masing untuk mencapai masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

PAMB adalah anak syarikat Prudential PLC di United Kindom, ditubuhkan di London pada tahun 1948 dan Prudential PLC merupakan salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan terulung di dunia.

“Selain itu, ia menyediakan insurans hayat dan perkhidmatan kewangan melalui 4 unit perniagaan utama di serata dunia,” tambah Charlie.

Prudential telah wujud lebih 160 tahun dengan 25 juta pelanggan serta dana berjumlah £349.5 billion. Di bawah pengurusannya pada 30 Jun 2011, operasi insurans hayat dan pengurusan dana telah berkembang di 13 pasaran Asia.

“Prudential juga merupakan syarikat insurans hayat berpangkalan di Eropah yang terulung di ASIA dari segi liputan pasaran ia juga merupakan salah satu pengurus dana yang termasyur di rantan Asia dan jelas Prudential PLC tiada kaitan langsung dengan Prudential Inc. Sebuah syarikat di mana perniagaan utamanya bertempat di Amerika Syarikat (USA),” kata Charlie lagi.

Majlis pelancaran pejabat baru PAMB telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Kiong yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Au Kam Wah

Sejurus selepas majlis pelancaran tersebut PAMB telah menderma kepada Rumah Amal Cheshire Sabah-Sandakan sebanyak RM3,000 dan juga Sekolah Menengah Yu Yuan Sandakan jumlah yang sama yang disampaikan oleh VK Liew MP Sandakan dan Au Kam Wah ADUN Elopura bagi pihak PAMB.

No comments:

Post a Comment