Friday 21 October 2011

PUSAT LATIHAN DAKWAH DINAIK TARAF



MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperhalusi perancangan untuk menaik taraf Pusat Latihan Dakwah di Sabah menjadi Institut Kemahiran Islam.

Katanya langkah itu bagi memperkasakan pelajar-pelajar di Sabah dengan menawarkan pelbagai program pengajian Islam sesuai dengan keperluan semasa.

"Kita akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai perjawatan yang perlu dinaik taraf termasuk mengambil kira sijil yang ditawarkan di Pusat Latihan Dakwah untuk diberi pengiktirafan ke tahap diploma," katanya kepada pemberita selepas menutup Multaqa Guru Kelas Al-Qur'an dan Fardu Ain, Takmir dan Imam Rawatib Peringkat Negeri di Kota Kinabalu, kelmarin.

Jamil Khir berkata Sabah kini mempunyai tiga Pusat Latihan Dakwah, masing-masingnnya di Lahad Datu, Kudat dan Keningau yang mana pelajar-pelajarnya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma terpaksa berbuat demikian di Institut Kemahiran Islam di Sarawak atau di Semenanjung. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment