Tuesday 11 October 2011

RAKYAT SEMAKIN FAHAM PERJUANGAN PAS



Oleh : KRANGKANG BATRUSI

EKORAN penerangan yang berterusan daripada PAS Kawasan Batu Sapi, rakyat semakin faham dengan agenda perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat sungguhpun mendapat tentangan daripada media arus perdana yang setiap hari menyerang Pakatan Rakyat.

Bercakap selepas program bertemu rakyat di Pasar Taman Mawar, Sandakan, baru-baru ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Haji Hamzah Abdullah, menegaskan bahawa PAS tidak pernah gentar dengan serangan bertubi-tubi Umno/BN terhadap PAS melalui media rasmi kerajaan pusat.

“Walaupun kita berlawan dengan mereka (Umno/BN) di gelanggang yang tidak rata, PAS tetap diterima oleh rakyat dan sehingga kini, kita terus tegar menyebarkan penerangan melalui kaedah tradisional seperti edaran risalah, ziarah rumah ke rumah, ceramah kelompok serta ceramah umum apabila kita tidak dibenarkan berkempen di media,” Hamzah menambah.

“Hari ini kita datang ke Pasar Taman Mawar yang majoriti peniaga dan pelanggannya adalah kaum Tionghoa. PAS tetap diterima dengan sangat baik di sini walaupun isu hudud masih kedengaran di media-media tajaan Umno/Bn. Mereka tidak takut, malah mesra bertemu kita dan bertanyakan pelbagai soalan,” kata Hamzah lagi yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi.

Dalam siri pertemuan bersama rakyat di Pasar Taman Mawar itu, PAS turut ditemani oleh teman-teman daripada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain.

No comments:

Post a Comment