Monday 10 October 2011

RASUAH BERLELUASA DI TAMAN SABAH?



HARAM…..Aktiviti Haram Pelancongan di Taman Marine Tun Sakaran yang menyebabkan Mohammad Noor Imam Jiarah merampas Buku Pendaftaran Pelawat ke Pulau Sibuan.

Oleh: MEDIA LCF-TSMP

LAWATAN mengejut LCF-TSMP yang diadakan oleh Waris Pulau Sibuan pada 9 Oktober 2011 diketuai oleh Timbalan Pengerusi LCF-TSMP, Mohd Noor Imam Jiarah bersama beberapa Waris Pulau Sibuan dalam kawasan Tun Sakaran Marine Park mendapati terdapat kegiatan pelancongan secara haram yang dibuat oleh pihak Taman Sabah ke pulau berkenaan, setelah mendapati lebih dari 10 buah bot Pelancongan yang mendarat di pulau berkenaan dengan muatan setiap bot antara 10 hingga15 orang setiap bot.

Dengan kemasukan pelancong lebih dari 100 orang ke Pulau Sibuan setiap hari tidak termasuk 7 pulau yang lain (Bohey Dulang, Maiga, Sebangkat, Tatagan, Mantabuan, Pulau Gaya dan Selakan) Penyediaan Pos Pendaftaran Pelancong di Pulau itu oleh Taman Sabah, nampaknya memang SAH bahawa kutipan wang dari para pelancong mendapat restu dari pihak pengurusan Taman Sabah sejak beberapa tahun lalu.

Pihak LCF-TSMP yang mendapati Pulau Sibuan diletakkan dalam Zon Merah ‘No Entry’ sebelum ini; tetapi Pengurusan Taman Sabah melanggar sendiri PELAN PEMULIHARAAN yang telah mereka gariskan dengan menguatkuasakan kemasukan peraturan ke Pulau itu kepada Waris dan memberi ruang selesa kepada Pelancong.

NO ENTRY……Zoning Plan Taman Sabah 2009, Kawasan bertanda merah ‘No Entry’ kecuali dengan permit atau kajian, dilanggar sendiri oleh Taman Sabah dan Pengurusannya untuk mendapat untung dari HAK WARIS yang berkepentingan di pulau itu.

LCF-TSMP menganggarkan pungutan setiap seorang pelancong RM50 dari pengusaha pelancongan atau dalam kes Pulau Sibuan RM50 x 100 Pelancong x 30 hari = RM15,000 sebulan dipungut untuk 1 pulau, namun aktiviti yang melanggar peraturan sendiri ini dibenarkan oleh Taman Sabah dengan meletakan Pos pendaftaran di sana.

Dalam Lawatan LCF-TSMP, Timbalan Pengerusinya telah memberi amaran kepada Pegawai Pos Taman Sabah di Pulau itu supaya menghentikan kegiatan mereka mendaftar pelancong dan menghalalkan peraturan yang haram untuk menipu para waris dengan memungut keuntungan dari Hak waris.

Jesteru itu Buku Pendaftaran Pelancong di Pulau itu telah dirampas oleh waris dan diharap Pihak Taman Marin Tun Sakaran dapat menghentikan kegiatan keji dan menipu waris ini berterusan.

Pihak waris juga telah menulis SURAT KETETAPAN (Seperti mana yang dilaporkan dan Sabahkini.net) yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Taman Sabah minggu lalu dan menghantar salinan rasmi kepada Pejabat Daerah Semporna, Pejabat Tanah, Taman Sabah Semporna dan Ibu Pejabat Polis Semporna dua hari lalu, serta menghantar salinan melalui email kepada TYT Negeri Sabah, Menteri Pelancongan, Pembantu Menteri Pelancongan, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sabah dan juga Ketua Menteri Sabah minggu lalu.

No comments:

Post a Comment