Thursday 27 October 2011

RAZALI RAHIM DI FESTIVAL BAGANDANG 2011



Oleh : ABU BAKAR ESAH

PEMENANG dua pingat emas di World Championship of Performing Arst's di California, Amerika Sayrikat yang juga pemenang Bakat TV RTM 2011, Razali Rahim akan menghiburkan pengunjung pada Festival Bagandang 2011 yang akan diadakan di sini hujung minggu ini.

Razali yang meraih kemenangan kategori solo dalam pertandingan peringkat antarabangsa itu akan membuat persembahan sempena upacara perasmian pada pagi 29 Oktober yang disempurnakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Yatim.

Pengerusi jawatankuasa persembahan Festival Bagandang 2011, Mohd Shaid Othman berkata selain ikon pemuzik kulintangan anak jati Beaufort itu, beberapa artis tempatan yang telah menempah nama di persada seni negara akan turut memeriahkan dan menghiburkan penggunjung festival dua hari itu.

Beliau berkata, selain Razali, pada upacara perasmian festival itu nanti pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan penyanyi yang semakin dikenali melalui lagu Macam Di KK iaitu Janrywine J Lusin dan Salma Mentor sementara pada sebelah malamnya pula DJ Suria FM, Lotter AF akan muncul pada pertandingan akhir Bintang Bagadang sebagai penyanyi undangan.

“Pada Malam Gemilang Festival Bagandang sempena penutupan festival ini pada 30 Oktober nanti Janrywine yang juga seorang wartawan Utusan Borneo akan muncul sekali lagi bersama penyanyi yang popular dengan lagu Tanak Kampung atau Anak Kampung, Jimmy Palikat dan beberapa artis jempuan yang lain,” katanya sambil menambah pelbagai persembahan turut menyerikan majlis pada malam itu.

Mohd Shaid yang juga Penolong Pegawai Daerah merangkap pengerusi pelaksana festival berkata majlis penutupan akan dirasmikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna selaku Penaung Festival Bagandang, Datuk Azizah Mohd Dun.

No comments:

Post a Comment