Wednesday 5 October 2011

SIAPA DALANG PENJUALAN PULAU PANDANAN?



Saudara Pengarang,

SAYA, Datu Sudirman Datu Ogo, sebagai pewaris Pulau Pandanan amat terkejut dengan khabar angin yang tidak berasas ini, apatah lagi disebarkan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur sendiri, Datuk Osman Jamal.

Saya telah memaklumkan kepada ayah saya, Datu Ogo Datu Kulah, penama asal dalam Geran NT Pulau Pandanan berhubung dakwaan liar Datuk Osman Jamal.

Ayah saya amat terkejut kenapa dan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana geran tanah NT masih dalam simpanan beliau dan bertanya kepada siapa Geran CL Pulau Pandanan diberikan?

“Siapakah dalang di sebalik kejadian yang memalukan ini dan saya harap pihak berwajib menjalankan siasatan segera kerana mengakibatkan kedaulatan negara,” kata ayah saya yang mendesak agar penjualan pulau ini (jika ada) wajib dihentikan.

Salam Hormat,

DATU SUDIRMAN DATU OGO

No comments:

Post a Comment